” Kenapa kalau abang posting pasal Aminah ramai makcik bawang muncul ?? “

 Dato’ Aliff Syukri Kongsi Gambar Bersama Ameena. Alahai Manjanyerrr !!

Dato’ Aliff Syukri dan pasanganya, Datin Shahida Rashid sebelum ini pernah membuat keputusan untuk mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkat. Bayi tersebut telah diambil pada tahun 2017 dan kini sudah berusia dua tahun lebih. Bayi tersebut telah diberi nama Ameena Aliffsha.

Namun begitu, sejak pasangan ini mempunyai anak angkat, pelbagai isu dan masalah telah dibangkitkan oleh netizen. Ada sahaja yang tidak kena malah, netizen gemar menyentuh hal sentiv1ti perbezaan kasih sayang antara anak angkat dan anak kandung meskipun pasangan ini tidak pernah membezakan antara anak kandung dan anak angkat.

Pasangan ini telah memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka. Sebelum ini, kanak-kanak tersebut iaitu Ameena pernah mempunyai satu akaun di laman instagram. Namun begitu, akaun tersebut telah padam oleh Dato’ Aliff  gara-gara pelbagai komen kata-kata negat1f dan mengec4m beliau.

Selepas daripada itu, pasangan ini menyatakan kepada semua bahawa, mereka lebih selesa untuk membiarkan Ameena menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa yang lain dan merasa gembira. Ameena dijaga dan disayangi sepenuh hati oleh pasangan ini.

Terkini, Dato’ Aliff telah berkongsi gambar beliau bersama Ameena di akaun instagram milik beliau. Gambar tersebut dilihat Ameena sedang didukung oleh ayanhnya. Kelihatan dengan jelas akan kasih sayang antara ayah dan anak.

Baca perkongsian Dato Aliff dibawah:

” Kenapa kalau abang posting pasal Aminah ramai mak cik bawang muncul ??..  Kalau abang buat video mengenai Aminah apa yang korang nak tengok dekat YouTube tv Telajak laris cuba korang komen kat bawah malam ini abang nak buat cepat komen cepat komen.. “

 

Rata-rata peminat telah memberikan komen memuji akan kecomelan Ameena dan mendoakan anak ini menjadi anak yang solehah. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah.. Comelnya aminah, semoga membesar menjadi ank yg solehah.. “

” Bertuah amina dpt keluarga angkat yg penyayang.. “

” Anti bawang… Suka je smua..best2…tahniah dato…happy family… smua terhibur.. abaikan yg negetif.. “

” Sebab bawang rangers dah takde kerja untuk cari salah dan silap dato datin. Tu sebenarnya.. “

” Saya pun suke tengok Minah ni dlm kluarga Datok, abaikan saja lah makcik2 yg nak k0pek bawang tu..”

” Comel lah aminah ni.. peduli apa org cakap yg penting kita happy.. “

Comel sungguh Ameena ni.. Kasih sayang jelas terlihat pada keluarga ini yang sentiasa menyayangi Ameena. Kami dari Berita Kopak mengucapkan semoga Ameena sayang sentiasa sihat dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..