” Kenapa Kacak TERDOA begitu Cak, kenapa Kacak, apa kaitannya Cak.. “

Video Cik B Dan Kacak Mendoakan Ibunya Dato’ Seri Vida. Tapi Doa Dari Kacak Membuatkan Beliau TerKedu Dan Tidak Sangka. MasyaAllah, Jauh Pemikiran Kacak Ni, Terbaiklah Cak !!!

Datuk Seri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida ialah seorang usahawan Malaysia yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang.

Pada 14 Julai 2017, Datuk Seri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk “I Am Me” yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa dua hari

Dato’ Seri Vida dikurniakan 4 orang cahaya mata. Namun begitu 2 orang daripada anaknya telah meningg4l dunia di dalam tr4gedi kebak4ran. Dua anaknya yang masih tinggal ialah yang dikenali sebagai Cik B dan Kacak.  Anak-anak Dato’ Seri Vida ini seemuanya mempuyai bakat di dalam bidang perniagaan sepertinya.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram, Dato’ Seri Vida telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaparkan anaknya Kacak atau nama sebenarnya Muhamad Eric Zacquan sedang berdoa untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Apa yang menariknya Kacak telah menyelitkan doa tersebut untuk ibunya. Kacak berdoa supaya dapat menjaga ibunya dengan baik dan melindungi ibunya daripada orang-orang di luar sana yang ingin mengambil kesempatan terhadap harta mamanya itu.

Manakala Cik B anak perempuan Dato’ Seri Vida turut mendoakan adik kesayangannya itu berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik dan menyatakan kepada Kacak supaya menjawab peperiksaan dengan betul kerana akan mewarisi harta ibunya. Dato’ Seri Vida terkej0t dan ketawa apabila mendengar doa dari Cik B itu.

Namun jauh di sudut hati Dato’ Seri Vida beliau amat terh4ru dan terkedu dengan apa yang anak-anak beliau doakan. Menurut Dato’ lagi beliau tidak sangka apa yang ada di dalam pemikiran Kacak tentang dirinya dan mengetahui apa yang beliau telah lalui selama ini.

Ini adalah sedutan daripada Video tersebut :

” Tolong doakan Kacak UPSR hari ni, nanti Cik B dan Kacak akan jaga harta Mama, nanti orang nak ambil kesempatan je dengan harta mama ni.. “

” Eric semoga berjaya dalam ujian ini. Eric buat betul-betul tau, sebab kita akan mewarisi harta mama.. “

Kacak : ” Doakan kacak ye Mama.. “

Dato’ Seri Vida : ” Hebat anak Mama ni.. “

Ikhlas sungguh doa-doa mereka kepada mamanya ye. Jom lihat video tersebut di bawah ini :

” DOAKAN KACAK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN UPSR. TERKES1MA. TERKEDU. TAK SANGKA. APA YG DALAM KEPALA KACAK. Terungkap dalam MUNGKIN KACAK TAHU APA YG MAMA LALUI.. “

” Tapi tak tahu nak buat gano. KACAK NAK BELA MAMA. KACAK ANAK YG HEBAT. CIK B walau selalu gad0h dgn Kacak.. tapi support Kacak.. “

Rata-rata peminat dan pengikut di laman Instagram Dato’ Seri Vida mendoakan kejayaan dan kebaikan untuk Kacak. Ini antara komen-komen mereka :

” Aunty jojo du’akan yg terbaik utk kacak! All the best for your exam! May Allah be with you always! Aamiin YRA! “

” Jauh berfikir kacak ngn cik b nii.. hahhaha… u r in another level kacakk.. gud luck.. “

” Sedih la dato vida. Smoga kacak bolh mnjawab exem dngn tenang.. “

” Semoga dipermudahkan semua tuk kacak. Anak yg bertuah dan kacak lak tu. Bertuah mempunyai mama yg caring dn solehah.. “

” Dia dh rasa tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Semoga terus berjaya yer adik kacak.. “

” Sesuai dgn nma kacak. Mmg kacak pun. Semoga berjaya kacak. Pemalu sngt kacak ni dato.. “

” Saya ingatkan dato je lucu.. ank2 dato pon lucu jgk.. hihihhh comel. Ape pom smg Allah mempermudahkan kacak menjawab soalan n good luck.. aamiin.. “

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas. Sentiasalah mendapat restu daripada ibu bapa dan mendoakan mereka.

” Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan Kacak dapat menjawab peperiksaan UPSR dengan tenang dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Seri Vida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..