” Kenapa comel sangat ni Rafael. Sebijik ikut muka Mummy dia. Alaaa.. Comel Sangat !! “

Gelagat Anak Mawar Rashid, Raden Rafael Yang Gelak Sakan Apabila Diagah Buat Ramai Terhibur !!

Bayi comel Raden Muhammad Rafael, anak kepada pelakon Mawar Rashid dan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaacob atau dikenali sebagai Raf Yaacob. Rafael dilahirkan pada 13 Mac 2019 di sebuah Hospital Swasta di ibu kota. Rafael juga adalah penyeri rumahtangga buat Mawar dan juga Raf.

Untuk pengetahuan, Mawar dan Raf telah berkahwin pada 9 November 2017. Sebelum ini, Raf pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang bernama Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. Walaupun Mawar bukan ibu kandung kepada Rayyan dan Raysaa, namun hubungan mereka sangat rapat.

Rafael yang berumur 4 bulan, kini sudah pandai mengajak untuk bermain. Seronoklah Rafael ada abang dan kakak yang selalu melayannya. Rayyan dan Raysaa melayan Rafael seperti adiknya sendiri walaupun berlainan ibu. Rafael juga seperti bayi-bayi yang lain yang suka bila diagah atau berbual dengannya.

Menerusi akaun instagram, Mawar berkongsi video Rafael seakan faham apa yang dibualkan ibunya dan seperti membalas balik dengan bahasanya yang sangat comel. Sukanya Rafael bila Mawar melayannya bercakap seolah-olah hendak berkata bermacam-macam kepada ibunya.

Jom tonton video di bawah :

” Gelak sakan Rafael dah 4 bulan hari ni !!! “

View this post on Instagram

Gelak sakan Rafael dah 4 bulan harini!!!

A post shared by Raden Muhammad Rafael (@radenrafaelraf) on

Rata-rata peminat terhibur melihat telatahnya. Antara komen-komen peminat :

” Happynya dia. Muka mawar sgt. Like ur face… cute. alalaaa comelnye awakk “

” Sama muka dengan mommy dio. Alolo gegh4mnyer tgk rafael.. pandai sembang ye. so hensemmm

” Happyyynyeee dia nk membesyarr. Dh pandai da dia mengagah.. Knape comel sngat @Radenrafael “

” Ger4mm la tgk dia.. Ya Allah. Mudah terhiburrr eeeeee comelnyaaaaaaa. Alaaaa suara mmy pun comel je “

” Happy 4 months old !! Sebj1k ikut muka mumy @Mawarashid. @Mawarashid¬†ajor kecek siey rr nk dengor ganer “

Alololo pandainya Rafael ni seakan faham apa yang dicakapkan ibunya. Walaupun baru berusia 4 bulan, Rafael sudah pandai membalas balik percakapan kepada ibunya. Alahai comelnya lah Rafael ni, kecil-kecil lagi suara dah mach0.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raden Rafael membesar dengan sihatnya, menjadi anak yang soleh untuk ibu dan bapanya dan berjaya dalam dunia mahupun akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raden Rafael by Berita Kopak / Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report c0pyright akan dikenakan.