” Kenapa.. Business slow dan merudum ke ? “

Pengumuman Penutupan Semua Kedai Tudung Aidijuma Oleh Norjuma Habib Buatkan Netizen Turut Terkej0t. Doakan Yang Baik-Baik, Semoga Segala Urusan Dipermudahkan..

Siapa tidak kenal akan pengasas tudung Aidijuma, iaitu Norjuma Habib yang juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Norjuma yang dahulunya merupakan pengacara televisyen sebelum mendirikan rumah tangga bersama  Mohamed Nazim iaitu adik kepada bek4s Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Norjuma telah melebarkan kerjaya beliau dengan membuat perniagaan tudung bawal yang diberikan nama sebagai Aidijuma. Perniagaan itu bertumpu hanya kepada tudung bawal pelbagai jenis dan jumlah jualan tempatan pada tahun 2016 telah mencecah RM77juta dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan setianya.

Paling menarik, tudung-tudung yang dikeluarkan oleh pengasasnya, Norjuma ini sangat berkualiti, cantik malah harga tudung-tudung itu sangat berpatutan jika dibandingkan dengan keluaran tudung-tudung yang berada di pasaran.  Konsep perniagaan yang dilakukan oleh Norjuma ialah dengan menggunakan vending machine bagi menjimatkan tenaga kerja dan ruang niaga.

Menerusi perkongsian di Instagram Aidijuma, Norjuma telah mengumumkan melalui status yang bertarikh 6/3/20, bahawa pihak pengurusan Aidijuma telah memuktamadkan keputusan untuk menutup semua kedai dan disertai nota lanjut tarikh terakhir akan diumumkan kelak. Namun sebab penutupan tersebut tidak diberitahu kepada umum.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut terkejut akan pengumuman oleh Norjuma itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Nape Datin? So after this beli dekat website je ke? “

” Alaa.. Nape tutup pula.. “

” Dh xbleh bli dh dkt cs.. Sy pminat g1la tudung Aj… “

” Abes sed1h semua pecinta bawal.. “

” Sedehhhh yaaaa… Knapa tutuppp.. “

” Awat business slow dan merudum ke ? “

” OMG but whyyyy? Tudung bawal saya pakai @aidijuma je. Yang lain semua entah apa-apa, harga pun tak masuk akal.. “

Serius ?? Ala… Tudung bawal dari Aidijuma memang sangat selesa dipakai. Sayang lah kalau dah tak jual. Harap-harap kedai sahaja tutup, tapi perniagaan tudung masih dijalankan secara online. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Norjuma dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidijuma by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..