” Kenapa awak kahwin dengan orang Indonesia.. ” – Netizen
Terima Pertanyaan Ini Daripada Netizen, Haziq H0t FM Beri Jawapan Yang Paling Padu. Memang Terbaik Haziq !!
Bagi pendengar stesen radio H0t FM, pasti mengenali salah seorang penyampainya iaitu Haziq Hussni. Penampilan Haziq yang ceria dan bertenaga ini sentiasa menceriakan pendengar stesen itu. Tidak hanya sebagai penyampai radio, Haziq juga antara pengacara lelaki yang popular.
Jika lihat rancangan hiburan Muzik-Muzik, gandingan Haziq bersama Sherry Alhadad ngam dan menarik perhatian penonton. Pernah memenangi anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori penyampai radio popular beberapa tahun yang lalu.
Haziq sudahpun berkahwin dengan gadis berasal dari Medan Indonesia bernama Ayunda Putri Mekarsari. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahayamata sehingga kini. Bagi peminat yang mengikuti Haziq, banyak video beliau bersama Putri yang mencuit hati. Bercakap bahasa Melayu dan Indonesia, gaya mereka itu digemari ramai peminat.
Meninjau akaun Instagram, Haziq telah berkongsikan satu video yang memaparkan beliau menjawab satu soalan daripada seorang netizen mengenai perkahwinannya bersama Putri. Haziq dan Puteri yang sentiasa ceria ini memberikan penjelasan mereka dengan tenang.
Jom tonton video di bawah :
Penjelasan Haziq ini mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :
” Mmg ment4lity org kite.. Ehhh kwen dgn org Indonesia??? Org lain kwen ngn org putih x pertik4i plak.. “
” Win jawapan tu. Memang makan hati berulam jant0ng org yg tanya tu.. “
” Champions haziq. Asal kan bahagia kan abg haziq.. “
” Eeeeee cuteee betul both of u ! Comel sngat.. orng single jgn jeles.. “
” Hahaha cumil, part kakak tu ckp manusia tu sy pun ikut trgelak jugak.. “
” Love this couple, suka tngok abg & akak.. “
Betul kata Haziq tu. Jodoh, aj4l, m4ut semuanya di tangan tuhan. Sudah ditetapkan jodoh yang terbaik untuk kita semua. Mungkin netizen itu sekadar ingin mengetahui alasan Haziq. Apa pun, kamu berdua memang sweet couple. Semoga terus berbahagia dan ceria selalu bersama anak-anak tersayang. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Haziq Hussni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..