Kenali 2 Suku Manusia Yang Masih ‘Suci’ Dari Arus Kemajuan dan Teknologi Moden. Satu Tempatnya Kalau Pergi, Besar Kemungkinan Tak Kembali

Jika mengikut sejarah, manusia telah berada 3 juta tahun di muka bumi ini dan terus berada sehingga sekarang. Di serata dunia, pembangunan dan kemajuan senantiasa mengiringi manusia.

Tetapi sebenarnya ada lagi manusia di atas muka bumi ini yang terus melalui hidup secara pr1mit1f dan tidak mengikut arus perkembangan semasa. Mereka hidup dengan cara tradisional dan tidak terdedah kepada teknologi dan arus kehidupan moden.

Mari kita lihat dua suku manusia yang masih meneruskan hidup secara tradisional yang masih ada di muka bumi ini

1. Pirahan: Suku ini berada di hutan Amazon dan mempunyai penduduk yang hanya berjumlah lebih kurang 360 orang sahaja. Bahasa yang digunakan juga bahasa Pirahan mereka sendiri, yang merupakan bahasa yang “terpencil”. Sebuah gambar menunjukkan mereka melihat kapal terbang yang melalui di atas penempatan mereka.

Mereka dikatakan tidak mengenali angka dan nombor dan ukuran bilangan pada mereka hanya ‘Ada’ dan ‘banyak’ sahaja.

Kerana tinggal di dalam hutan membuatkan mereka terbiasa untuk tidak tidur dalam waktu lama. Mereka harus bersedia menjaga diri dari serangan haiwan li4r yang berkeliar4n. Suku Pirahan ini sangat mahir dengan kehidupan hutan dan sangat mahir dengan tumbuh-tumbuhan.

2. Suku Sentinel : Suku ini hidup di sebuah pulau di Kepulauan Andaman yang terletak di Teluk Benggala. Mereka menduduki Pulau Sentinel Utara dan mereka ini merupakan suku yang sangat terpencil.

Kedudukan mereka yang terpencil membuatkan dunia luar sangat ingin tahu tentang gaya hidup, budaya dan struktur sosial masyarakat Santinel. Jadi selama beberapa dekad, beberapa orang dan organisasi telah menghantar kapal atau kapal terbang untuk mengetahui, tetapi tidak banyak yang mengetahuinya.

Sebenarnya mereka tidak mengalu-alukan kehadiran orang luar dalam wilayah mereka. Mereka mengganggap orang luar akan memusn4hkan tempat mereka dan biasanya mereka akan menghalau kehadiran orang luar dengan bus0r dan ank p4nah.

Mereka percaya orang luar yang datang akan membawa kebur0kan dan akan memusn4hkan keturunan mereka yang telah hidup zaman berzaman di pulau itu.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : news18nepal