” Kena sekolahkan Janna ni good school supaya dia tak kek0k.. “

Video Anak Zizie Izette, Jenna dan Kembarnya, Janna Buat Netizen Rasa Terharu Melihat Keakraban Mereka Namun Cara Mereka Berkomunikasi Diteg0r Netizen. Ini Respon Zizie..

Umum mengetahui bahawa Zizie Izette mempunyai dua orang anak angkat yang dijaganya sebelum beliau mempunyai anak sendiri lagi. Mereka ialah Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette. Beliau mengambil kedua anak angkatnya itu sejak dari bayi lagi.

Menurut Zizie, berkat beliau menjaga anak angkat ini lah yang memberinya rezeki untuk menimang anak sendiri iaitu pasangan kembar bernama Aaleph Zeke Izette dan Aadam Zac Izette serta anak perempuan bernama Aalisa Belle Izette.

Zizie dilihat sebagai seorang ibu yang penyayang. Beliau tidak membezakan kasih sayang antara anak kandungnya dengan anak angkat. Walau ke mana sahaja beliau pergi pasti akan membawa kelima-lima orang anaknya dan sering berpakaian sedondon anak-beranak.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi video anaknya, Jenna bersama kembarnya, Janna. Janna datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu Jenna yang dijaga oleh Zizie. Walaupun mereka tinggal berasingan namun keakraban mereka buat netizen rasa terharu.

Tonton video di bawah :

” She’s coming back to KL with us for school holidays soon. Thank u mama & bapa Janna for allowing her to be with her twin sis. “

Rata-rata netizen memuji sikap Zizie yang tetap tidak memut0skan silatulrahim pasangan kembar ini. Antara komen-komen mereka :

” Datin kena selalu temukan mereka.. Happy tgk.. “

” Murah rezeki datin.. Kan. Jaga ank kembarni.. Sy klu ade peluang sy nk ambil ank angkat.. Sy suke ank ank kecil.. “

” Alhamdulillah datin… U do the on ur parts…. VERY kind heart you have… “

” Semoga datin sekeluarga dimurahkan rezeki & sentiasa berada dalam.rahmat Allah..hnaya Allah je dpt balas kebaikan.datin.. “

” Tiba2 sebak tgok keakraban dan kasih syg mereka… syukur dpt datin yg baik hati.. “

” Apepon mmg bangga n dgn @zizieizette … kasih syg nya pada anak2 x pernah nmpk mereka bkn ank kandung. Sama rata. Terharu sgt.”

Namun komen seorang netizen ini begitu menarik perhatian. Ini kerana Jenna fasih berbahasa  Inggeris berbanding Janna yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Zizie turut memberi respon terhadap komen ini.

Bagus sangat Zizie melayan anak angkatnya seperti anak sendiri. Jenna dan Janna sangat bertuah kerana mempunyai dua orang ibu dan bapa. Semoga Zizie Izette dimurahkan rezeki dan hanya Allah yang dapat membal4s kebaikan Zizie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zizie Izette by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..