” Keluarga besar Datuk K dan Tok Ti yang semuanya sihat, handsome dan.. ” – Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Cucu-Cucu Dan Hari Bapa Bersama Keluarga. Wahhh Comel-Comel Semua Cucu Tok Ti !!

Dengar sahaja nama Dato’ Siti Nurhaliza, sudah pasti ramai yang kenal dan meminati penyanyi ini. Memulakan kerjaya di industri muzik sejak di usia belasan tahun lagi, anak jadi negeri Pahang ini bukan sahaja berjaya bergelar penyanyi , malah merupakan seorang usahawan yang ternama.

Perwatakan yang sangat lembah lembut dan sopan ketika bertutur buat ramai yang menyukai akan Dato’ Siti Nurhaliza, malah Dato’ Siti juga turut mempunyai 7 juta lebih pengikut di Instagram yang mengikuti perkembangannya. Memang dari dahulu hingga kini, aura penyanyi ini sangat lain daripada yang lain.

Telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan iaitu Dato’ Khalid Mohamad Jiwa pada tahun 2006. Berkat kesabaran pasangan ini selama 12 tahun untuk mendapat zuriat, akhirnya pada tahun 2018 mereka telah dikurniakan seornag puteri comel yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Dato’ Siti telah berkongsi  gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir cucu-cucunya dan Hari Bapa. Sangat meriah suasana majlis tersebut, lebih-lebih lagi kelihatan kesemua mereka sedondon berpakaian  T-shirt bewarna putih.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Sambutan Hari Bapa untuk semua

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Dato’ Khalid bersama anak dan cucu-cucunya

Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat cucu-cucu Dato’ Siti dan mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Datuk K dan anak-anak lelakinya yang bergelar bapa. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Keluarga besar Datuk K dan Tok Ti yang semuanya sihat-sihat, ceria, handsome-handsome dan comel-comel. Nikmat terlalu besar yg patut disyukuri dan disayangi seadanya. Ya Allah Ya Wadud Ya Latif.. “

” Happy birthday Adryan encemm boyy.. Happy father’s day semua.. ”

” Semoga Allaah permudahkan urusan dan membalas jasa semua bapa di akhirat kelak. Syurga in sya Allah.. “

” Best nya celebration macam ni, meriah sangat !! ”

” Beautiful daughter & grandsons.. “

” Keluarga bahagia, smg bersama di syurga Allah kelak.. “

” Selamat hari bapa Tok Ayah.. Happy birthday Adryan handsome boy.. “

Wahh meriahnya, dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim antara semua keluarga. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Lahir buat cucu-cucu Dato’ Siti dan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar Bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..