” Kelakar, mata tu ke mana, gulanya ke mana. Janji pandang kamera.. ” – Netizen

Video Anak Kembar Datin Eina Azman, Aubrey Dan Karl Kareef Membuat Jeli Laici Buat Ramai Terhibur. Part Mata Berkedip-Kedip Dan Gula Tertumpah Memang Comel Sangat !!

Siapa tidak kenal dengan pasangan kembar iaitu anak kepada Datin Paduka Eina Azman. Arianna Aubrey dan Karl Kareef sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial kerana kecomelan kedua beradik ini. Seperti ibu mereka, Aubrey dan Karl juga gemar memasak.

Jika anda mengikuti akaun Instagram pasangan kembar ini pasti anda akan berasa terhibur melihat gelagat Aubrey dan Karl berkongsi resepi masakan mereka. Eina mengajar anak kembarnya ini dengan pelbagai resepi mudah dan senang disediakan.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Aubrey dan Karl telah berkongsi resepi untuk menyediakan Jeli Laici. Seperti biasa, mereka akan menyatakan bahan-bahan yang digunakan terlebih dahulu sebelum mula memasak. Alahai seronok melihat gelagat mereka berdua.

Video yang berdurasi selama satu minit ini telah mendapat puluhan ribu tontonan dan ia sangat menghiburkan. Mata kedua-duanya tetap memandang kamera walaupun sedang memasak. Part Aubrey asyik mengelip matanya tersangatlah comel.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Lychee Jelly by @aubreykarl

A post shared by AriannaAubrey | KarlKareef (@aubreykarl) on

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan kembar ini. Antara komen-komen mereka :

” Alamak gula tumpah. Hahahaha comeeeel .. why so cute sayang.. “

” Dah pandai buat lychee jelly. Comelnya.. “

” So sweet pandai tgk kamera…. beautiful twin.. “

” Ya Allah. Cutenya. macam sailormoon . Aubrey lawa betul.. “

” Ya Allah nape la cute sgt twins ni .. Ger4m plok kiter tgok kelip2 mata dia tu.. “

” Karl tu mcm terp4kse mkn je but both of you so cute.. “

” Ya Allah Aubrey.. semangat betul.. suka tgk dia punya excited tu.. hehehe.. “

” Kelako, mate tu kemana gula nye kemanee hahahahaa … janji pandang kamera .. “

Nampaknya Aubrey dan Karl boleh membuat racangan masakan sendiri kerana dilihat begitu berbakat dalam menyediakan makanan. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana semestinya pasangan kembar ini mewarisi bakat memasak daripada ibu mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aubrey Karl

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..