” Kelakar laaa. Terlebih gula yaa.. “

Video Siti Sarah Catwalk Depan Pintu Mall Buatkan Netizen Ketawa Terbahak-Bahak. Lain Macam Sungg0h Gaya Catwalk Dia !!

Dahulu, entah bagaimana percaturan kariernya, Siti Sarah dilihat hanya menyerlah pada tahun pertama sebagai penyanyi, biarpun diakui mempunyai bakat besar. Pemenang anugerah Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ini kemudiannya menyepi dan memilih untuk menumpukan perhatian kepada keluarga selepas berkahwin.

Kemunculan Sarah dalam Gegar Vaganza membawa peminat mengimbau bakat besar yang dimilikinya. Lagu Semakin antara lagu popular dan mendapat kedudukan yang baik dalam carta muzik. Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga. Mulai daripada itu, nama beliau kembali bersinar di industri seni.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Awais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Sarah seperti yang dikenali, cukup ramah manakala suami pula pelawak. Justeru, tidak hairanlah andai perbuatan dan perbualan mereka menyerlahkan status pasangan suami isteri.

Menerusi akaun instagram, Siti Sarah telah berkongsi satu video yang telah dirakam oleh sahabatnya, Noryn Aziz. Video tersebut merakamkan Siti Sarah sedang berjalan menuju ke Noryn Aziz dengan gaya ‘catwalk’. Video tersebut sangat menghiburkan bagi sesiapa yang menonton.

Ikuti perkongsian video itu di bawah :

” I never let my best friend do cr4zy things alone.. @norynaziz.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan video yang telah dikongsikan oleh Siti Sarah itu. Antara komen-komen tersebut :

” Lain macam la dia punya catwalk.. “

” Kelakar laaa… Terlebih gula ye.. “

” Hati kau mmg kering royyyyy terpaku org blkg tgk hahahaha.. “

” Org belakang tu tengokkan jek hahahaha.. “

” Nie mesti mom lebih mkn cekelat anak nie.. “

” Bersilang nau kaki tu sis nasib baik x tersungk0r.. “

” Hahahahha terasa terus pat4h pinggang siz.. “

” Lets catwalk mcm sara hehehehe .. “

Hahaha.. Admin tengok pun kelakar.. Penuh gaya dan bersungguh-sungguh Akak Sarah kita catwalk. Terhibur pada sesiapa yang melihat gelagat Siti Sarah ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Siti Sarah sentiasa maju jaya dalam bidang nyanyian dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..