” Kelakar la kome nak ketawe je memanjang.. “

Punchline Ajak Shiro Di Malam Anugerah MeleT0P Era Bikin Gamat. Ad0iii.. Bergeg4r Axiata Arena !!

Mohd Hanaffi bin Razak, atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Ajak berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.

Mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah binti Amin pada tahun 2002 dan sehingga kini dikurniakan tiga orang anak. Pernah membintangi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, Suatu Malam Kubur Berasap 2 dan Rempit Sampai Langit.

Ajak juga terlibat dalam lakonan drama. Pembabitannya dalam drama menerusi Ini Malam Betul Raya, Bila Hati Telah Hitam, Tanah Kubur (musim 14), Yem Rempit, Buana Oh Buana dan Elak Elak (musim kedua). Lakonannya sangat menjiwai dan berbakat.

Terbaru, Ajak Shiro di dalam laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaparkan Ajak Shiro sedang menerangkan tentang kumpulan Bocey . Ketika itu Ajak sedang berada di Anugerah Meletop Era ( AME ) yang berlangsung malam tadi dan bersiaran langsung di Astro Ria , Ria HD dan Prima.

Setelah skrin besar dipaparkan wajah- wajah ahli kumpulan bocey, Ajak menceritakan sejauh mana dia mengenali kumpulan Bocey. Apa yang menarik lagi, Ajak sengaja menggantikan nama kumpulan Bocey kepada Becok. Pengacara menyangka Ajak tersilap menyebutnya dan memperbetulkannya.

Sebenarnya, Ajak sengaja menukarkannya untuk menjadikan  ianya bahasa kiasan baru yang menjadi trending ketika ini.

Sedikit sedutan dari rakaman video tersebut :

Pengacara : YB Ajak silakan …

Ajak : Tidak dinafikan saya paling rapat dengan pelawak-pelawak ini.

Ajak : Malah saya kenal kenal benar dengan pelawak kumpulan Bec0k nih !!

Pengacara : Becok ?.. Bocey la… Bocey..

Ajak : Benda bole panggil Bec0k kenapa nak panggil Bocey  !!

Ajak : Bila saya lihat ketiga-tiga pelawak ini, saya mula lihat tiga inspirasi untuk menjadi popular seperti mereka.

Jom tonton rakaman video tersebut :

” Ni Becok ke Bocey ? Abam bocik, Achey kintang kintung da fadbocey. Anugerah meletop era benda boleh panggil bec0k nape nak panggil bocey. Saya ajak dan saya tidak somb0ng. “

Rata-rata peminat Ajak terhibur dengan aksi spontan Ajak itu. Ini komen mereka :

” Pakcik ajakshiro ni kelakar la kome nak ketawe je memanjang “

” Benda bole panggil becok buat apa panggil bocey “

” Si0t ajakkkkk hahhahaha “

” Bondo buleh bec0k…. osahhh laaa haiii “

” Hensem ba tadi “

Pandai ye Ajak menggunakan kata kiasan terbaru sebagai Punchline di Anugerah Meletop Era. Gamat suasana jadinya. Begitulah pelawak, sentiasa menghiburkan orang lain.

Kami dari Berita Kopak mendoakan Ajak terus dimurahkan rezeki dan dapat menyumbangkan bakat yang Ajak ada untuk persada seni tanah air. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ajak Shiro by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..