” Kejutan demi kejutan .. Tapi Yang satu ini sampai ke tulang dalam.. ” – Mua Bella

Caption Dan Video Mua Bella Buat Ramai Yang Tersentuh !!!

Nur Nabila Zulyadaini atau dikenali sebagai  Mua Bella yang viral di laman sosial Facebook berikutan kepetahannya berinteraksi dalam sesi tutorial solekan itu , sebenarnya mempunyai hati yang sangat mudah tersentuh.

Cara Mua Bella merias sudah cukup membuatkan ramai terpesona, di samping sangat suka berkongsi tips solekan kepada pengikutnya, malah seorang yang sentiasa mesra. Tidak hairanlah  Mua Bella mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial Facebook dan juga Instagram.

Pada majlis hari jadinya malam tadi,  Mua Bella telah menerima dua kejutan demi kejutan yang sangat tidak di sangka olehnya. Bukan sahaja menerima kejutan mendapat sebuah kereta malah ada kejutan yang lebih besar diterimanya.

Bella anak jati Kampung Dawai, Kedah, terkini memuat naik caption yang sangat menyentuh hati para pengikut di laman sosial Instagramnya.

” Kejutan demi kejutan .. Tapi kejutan saya tak akan lupa sampai bila2 sngt2 terkjut smpai ke tulang dlm… iaitu kejutan Abah bellaz …. “

” Depa suprise bawak abah bellaz jauh dtg dri kampung depa p ambik ….. Memang satu dewan hbs menagis…. Bellaz jerit ya Allah abah….. Terkjut belllaz….xsangka Abah mai.. “

” Tq Abah dtg suprisekan kak… Menangis gila semalam .. Gembira terharu semua ada… Sbb saya sahaja kenal abah saya mcm mna….. Your my hero dunia akhirat . pic ni menagis sehabis hati sgt2.. “

” Abah saya seorang nelayan sahaja… Kerja siang malam cri rezeki .. Nk bahagiakn anak2 dia… Dia xmkn xpa asal anak dia dpt makan… “

” Abah habaq dia x pernah lupa doakan anak dia .. Walaupun berjauhan dia sentiasa doakan bellaz sentiasa dilindungi dan dimurhkan rezeki.. “

” Kita kan anak perempuan .. rapat dgn abah / ayah / papa / dady / bapak.. “

Ini antara reaksi lain Mua Bella yang ingin kami kongsikan  :

Mua Bella : Abahhhh !!!!

Mua Bella : Hensemnya Abah !!!!!

Rata-rata peminatnya  rasa sangat sebak dan sedih setelah membaca caption tersebut.

Antara komen-komen yang ditinggalkan pada ruangan komen :

” Happy bifdayyyyyy bellaaaa sedih la baca had ni pun.. bg aku teghiakkkkkkk “

” Allah sebak terharu baca. Happy birthday Bella.. Moga Allah sentiasa merahmati hidup bella sekeluarga.. Harap kami pun boleh berjaya mcm hampa bella.. nak banggakan mak ayah “

” Asal aku tgok gmbr ni air mate aku bgenang ni… spe yg folow  dari die 0 jek tau ape yg dia rase skng.. dn akan rase ape yg bella rase… tgok gmbr ni pon aku rase nk meraung kuat2…bella kau senang kn la kluarge kau spaya org yg cemuh kluarge kau dlu… hormat dgn kluarge kau skarang.. “

” Ya Allah sedihnya…kita dh xdk abah dh… abah kita dh meninggal.. rindu nya…. hargai abah selagi ada “

” Untg la ada abah lg… kami dh hilang tmpt bermnja n bkasih dgn abah ksygan…. ” 

Alahai Bella.. sedih pulak kami dari Berita Kopak membacanya. Kami mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Mua Bella, Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Jom tonton video penuh di sini :

Allahuakbar syukur Alhamdulilah Terima kasih pada semua yg datang .. Hmpa pandai no .. Prank bellaz… To suami /manager bellaz (AP) kak ipar farah abang art kakwan abg rizal zetty kucai kamal izy dan semua yg terlibat … Hampa mmg gila laaa.. Buat aku teriak sungguh2 … The best part bila abah mai suprisekan jugak 😭….. Kpda suami terima kasih susah2 b bg kereta idaman mama yg mama idamkan ya amat… Hadiah bukan untk mama tapi untuk kita sekluarga mencari rezeki bersama2 .. Tak sangka b pandai surprise smpai mcm ni sekali.. Sampai ke lani masih dlm mimpi lagi betol ka itu kuda putih yg sy impikan.. Terima kasih bersush2 bersma mama suka duka kita tempuhi.. Ilove to somuch… Demi Allah tak sangka depa buat suprise sampai mcm ni. Inilah kali pertama seumur hidup bellaz di surprise kan smpai mcm ni….. Tq maaa azilah ayah dri jauh wish bufday kak ilove you. Apa2 pon semuanya pinjaman dri Allah yg maha esa.. Jgn lupa padanya sentiasa kena igt kita bermula dri mana… Buat org2 disekeliling kita bahagia n senang dgn kita… Ya Allah bergitu besarnya manfaat berkongsi Ilmu dgn hampa semua … Ya Allah ramai yg mendoakan kita smua… Apa2 bellaz buat seikhlas hati bellaz.. Jutaan terima kasih pd tetamu yg hadir.. Dan jutaan terima kasih buat hampa yg selalu mengikuti perkmbagan bellaz dri dulu sampai skrg…Bukanya mudah untk capai semua ini… Memerlukan mental fizikal yg kuat… Berusha tanpa mengenal erti putus asaSentiasa positive jgn ada negetive dlm diri ..Kalau org hina kita .. Fitnah kita tak suka kita.. Kita jgn berlawan .. Malah doakan baik2 untuknyaaa .. Insyallah Allah maha megetahui smua isi hati kita … Insyallah one day dia akan kenl n suka dkt kitaVideo by @Adi muhaimin hakim

Posted by Make up by Bellaz on Sunday, April 7, 2019

Terima kasih kerana sudi membaca.

Silakan SHARE..

Sumber : Facebook Make Up By Bellaz  by Berita Kopak  & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.