” Kejadian yang tak disangka, t0long j4ngan Kec4m “

Video Aksi Spontan Shuib Sepahtu Buat Hal Di Belakang Stage Anugerah Meletop Era, Buat Ramai Yang Terhibur !!! Adoii La Macamna Boleh Jadi Macam Tu ??

Sepahtu merupakan kumpulan pelawak yang dianggotai oleh Jep dan Shuib Sepahtu pada tahun 2012.
Pada tahun berikutnya Jep dan Shuib menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 setelah Rahim R2 dibawa masuk ke dalam kumpulan ini untuk projek istimewa MLM2013 dan mereka telah dinobatkan sebagai juara.

Pada tahun 2014, Sepahtu membawa Illya Buang iaitu bekas anggota Kumpulan Senario dan bekas anggota Kumpulan Aku Kaya masuk ke dalam kumpulan ini. Namun demikian Illya telah menarik diri pada minggu kelima atas masalah kesihatan. Sepahtu menjadi naib juara pada edisi kali ini.

Pada Tahun 2015 Sepahtu telah mengadakan jelajah Sepahtu pada pertengahan tahun. Sepahtu telah menghasilkan sebuah sitkom bertajuk Sepahtu Reunion yang dibintangi oleh kelima-lima anggota Sepahtu. Dan sehingga kini Sepahtu Reunion hanya tinggal empat orang sahaja iaitu Shuib, Jep, Rahim dan Illya.

Anugerah Meletop Era semalam membuktikan kumpulan ini masih diterima penonton. Empat wajah pelawak-pelawak ini sangat dikenali ramai daripada golongan kanak-kanak, remaja, mahupun warga emas.

Tidak hairanlah apabila Sepahtu Reunion dinobatkan sebagai Program Meletop di malam Anugerah Meletop Era semalam.

Menerusi entri terbaru, Shuib Sepahtu telah memuat naik sebuah video  di laman Instagramnya. Video tersebut memaparkan Kumpulan Sepahtu Reunion sedang ditemubual di belakang stage.

Mereka diminta untuk mengucapkan sesuatu selepas memenangi anugerah tersebut.

Apa yang menariknya, Shuib ketika itu memegang mikrofon. Bila tiba giliran Rahim untuk mengucapkan sesuatu, Shuib terus menghulurkan mikrofon itu kepada Rahim.

Shuib bukannya meletakkan mikrofon pada mulut Rahim, sebaliknya terus meletakkannya pada hidung Rahim. Sampai terjungkit hidung Rahim dibuatnya.

Semua di situ tidak dapat menahan gelak setelah melihat apa yang berlaku. Rahim tenang dan redha je la….

Jep : Itu hidung.. itu hidung la kau nih…

Illya : Kau jangan comotkan, orang lain nak pakai juga..

Rahim : Kita boleh nampak keakbraban di sini, yang muda kurang aj4r dengan yang tua..

Begitulah mereka kalau bertemu, ada je idea lawak spontan kan. Kalau nak tahu kelakar ke tak, jom tonton video di bawah. Dijamin mesti akan berulang-ulang tengok .

” Kejadian yang tak disangka sangka semlm di back stage utk interview. Mohon jangan kec4m “

Rata-rata peminat merasa sangat terhibur dengan lawak spontan mereka ini. Antara komen-komen mereka :

” Soebbbbb hidung di tunj4l nya HAHAHAHA “

” Yang muda kurang hajo, HAHAHAHAHAHAHA TERHIBURNYAA “

” Ntah nape asal aku tngok diaorang nih bersama, confirm aku tergelak. Aura tu yg lawaknya power . Tahniah “

” Cuba cerita balik kenapa boleh sampai kat hidung mikrofon tu “

” Hahahaha hidung dgn bibir takde beza “

” Koranggg ni mmg kelakooo “

Memang kelakar sangat. Bila melihat wajah-wajah lawak mereka ini pun dah lucu. Inikan pula aksi dan gelagat-gelagat mereka.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Sepahtu Reunion memenangi Anugerah Program Meletop semalam. Semoga Sepahtu Reunion terus menyumbangkan bakat lawak yang terbaik untuk santapan penonton di luar sana. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shuib Sepahtu by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..