” Kata drama ni b0d0h, aku b0d0h, pengarah b0d0h, cerita b0d0h apa saja la b0d0h dalam Nur 2 ini.. “

Luahan Azhan Rani Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Drama Nur yang ditayangkan di slot samarinda TV3 pernah menjadi fenomena pada tahun lepas dan mempunyai ramai penonton setia setiap episod. Drama Nur juga menjadi trending dan membuatkan penonton menghayati dengan baik dan sangat berem0si.

Untuk musim kedua kali ini juga ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam bermula 2 April 2019 yang lalu.

Drama Nur 2 masih mengekalkan penampilan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Watak baru sebagai Juita diberikan kepada Azar Azmi serta turut menyaksikan penampilan khas Riena Diana, Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.

Drama Nur 2 membuatkan penonton lebih em0si dengan lakonan pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani yang memegang watak Ustaz Syed Hamadi, watak seorang Ustaz yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau digelar penungg4ng agama.

Bukan sahaja lakonan Azhan Rani yang membuatkan orang ger4m, tetapi juga watak Nur yang dilakonkan oleh Amyra Rosli turut mendapat kec4man hebat daripada penonton setia Drama Nur 2. Nur digelar sebagai wanita yang b0d0h kerana boleh membiarkan wanita lain tinggal bersama mereka suami isteri.

Menerusi akaun Instagram, Azhan Rani memuatnaik keratan akhbar yang bertajuk ‘Nur dipanggil b0doh!’. Azhan turut terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya mengenai ‘statement’ di atas :

” Terbaca perkongsian ni.. lama juga dah aku nak bercakap pasal ni sepanjang #nur2 bersiaran… sebenarnya reaksi korang ni semua adalah reaksi cliche dan memang aku dah jangka.. “

” Disebalik yang beria suka drama ni memang adalah yang menyal4k tak suka, kata drama ni b0d0h, aku b0d0h, pengarah b0d0h, cerita b0d0h apa saja la b0d0h dalam #nur2 ni.. “

” Ye aku tak nafikan keb0d0han tu bila aku setuju nak sambung #nur2 ni walaupun dari awal memang aku tak suka sambung.. sebabnya memang akan ada yang akan nak membandingkan #nur dengan #nur2 atau dengan cerita lain.. “

” Dah tentu #nur yang mula2 lebih asli tiada tekanan membikinnya.. #nur2 lahir dari permintaan peminat2 drama #nur sendiri.. maka sebagai tanda penghargaan dibikinlah #nur2 .. “

” Namun #nur2 bukanlah dibuat untuk memuaskan hati sesiapa.. ini drama untuk kita mencerminkan diri akan fantasi cerita ini dengan realiti kita.. #nur2 menyampaikan pesan dan peringatan.. “

” S4kit untuk dipandang tapi tapi tak boleh untuk kita lepaskan.. semestinya aku pun tak akan kata ini karya bijak.. “

” Jadi aku terima rakan2 lakon , rakan penerbit, penonton mahupun netizen yang menghamburkan kata2 b0d0h pada aku termasuk pengarah cerita ni @budakijat .. “

” Aku terima setulus ikhlas.. hidup ini dalam 24 jam sehari kita akan ada dalam b0d0h dan pandai.. “

” Secara positifnya adanya keb0d0han dan kekurangan kami ini adalah asbab untuk korang melengkapkan kekurangan ini agar lebih banyak karya2 bijak lahir selepas ini ditangan korang.. “

” Jadi jangan sekadar melal4k.. baiki kelemahan kami dalam karya korang pula. yg pelakon majukan diri dengan lakonan lagi baik, yang penerbit hasilkan karya yang lebih tinggi kualiti dan nilai murni kepada penonton..”

” Penonton dan netizen pula zahirkan pembangunan minda korang dengan mengambil impak2 positif bukan lagi pada hal2 populariti karya tapi isi karya.. “

” Kalau benc1 watak syait0n aku ni.. buktikan korang mampu jadi manusia lebih baik dimuka bumi ni.. “

” Terus sama2 berikan saranan baik. kita akan sama2 membangunkan drama yang baik untuk penonton dan generasi akan datang.. “

” Esok #nur2 habis. tugas kami dah selesai.. korang dah boleh mulakan sekarang tugas korang buat yang jauh lagi baik daripada kami. ayuh. sama2.. “

View this post on Instagram

terbaca perkongsian ni.. lama juga dah aku nak bercakap pasal ni sepanjang #nur2 bersiaran… sebenarnya reaksi korang ni semua adalah reaksi cliche dan memang aku dah jangka.. disebalik yang beria suka drama ni memang adalah yang menyalak tak suka, kata drama ni bodoh, aku bodoh, pengarah bodoh, cerita bodoh apa saja la bodoh dalam #nur2 ni.. ye aku tak nafikan kebodohan tu bila aku setuju nak sambung #nur2 ni walaupun dari awal memang aku tak suka sambung.. sebabnya memang akan ada yang akan nak membandingkan #nur dengan #nur2 atau dengan cerita lain.. dah tentu #nur yang mula2 lebih asli tiada tekanan membikinnya.. #nur2 lahir dari permintaan peminat2 drama #nur sendiri.. maka sebagai tanda penghargaan dibikinlah #nur2 .. namun #nur2 bukanlah dibuat untuk memuaskan hati sesiapa.. ini drama untuk kita mencerminkan diri akan fantasi cerita ini dengan realiti kita.. #nur2 menyampaikan pesan dan peringatan. sakit untuk dipandang tapi tapi tak boleh untuk kita lepaskan.. semestinya aku pun tak akan kata ini karya bijak.. jadi aku terima rakan2 lakon , rakan penerbit, penonton mahupun netizen yang menghamburkan kata2 bodoh pada aku termasuk pengarah cerita ni @budakijat .. aku terima setulus ikhlas.. hidup ini dalam 24 jam sehari kita akan ada dalam bodoh dan pandai.. secara positifnya adanya kebodohan dan kekurangan kami ini adalah asbab untuk korang melengkapkan kekurangan ini agar lebih banyak karya2 bijak lahir selepas ini ditangan korang.. jadi jangan sekadar melalak.. baiki kelemahan kami dalam karya korang pula. yg pelakon majukan diri dengan lakonan lagi baik, yang penerbit hasilkan karya yang lebih tinggi kualiti dan nilai murni kepada penonton.. penonton dan netizen pula zahirkan pembangunan minda korang dengan mengambil impak2 positif bukan lagi pada hal2 populariti karya tapi isi karya.. kalau benci watak syaiton aku ni..buktikan korang mampu jadi manusia lebih baik dimuka bumi ni.. terus sama2 berikan saranan baik.kita akan sama2 membangunkan drama yang baik untuk penonton dan generasi akan datang. esok #nur2 habis. tugas kami dah selesai.. korang dah boleh mulakan sekarang tugas korang buat yang jauh lagi baik daripada kami. ayuh. sama2 💪

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Azhan Rani. Kisah Nur bukan kisah fantasi, ada terjadi di kalangan kita secara realiti. Antara komen-komen netizen :

” Pjg sgt lah bro… lukis boleh….. biasalah tu namanya impak…. kalau cite x bagus org x pedulu atau mengata…. apa2 kita ambik yg baik2 je lah dr cite nie…. yg bur0k tu bg ostaz madi… apa2 pun terbeak lakonan lu bro.. “

” Terbaik…sye lebih suke cerite yg realistik berbanding cerite dongeng mude2 jadi CEO.. kaye melampau2.. walaupun saket hati dgn si Madi ni tp tetap setia menonton.. “

” I pon dulu ben4k mcm nur, terlalu percaya kwan melulu sbb I anggap dia sama mcm I. But then after byk kali terkena baru sedar. Bkn b0d0h sbnrnya cuma kadang tiada syak wasangka pada kawan kerana terlalu percaya.. “‘

” Bagus sbnrnya buat drama cmni sbb mnjukkan masyarakat kita skrg.. Byk mesej yg ada dlm drama nur ni sndri. Yg positif kita ambil.. “‘

” Nur x b0d0, manusia ad je mcm ni bila ad ditempat nur baru tau mcm mana.. “

” Drama yang terbaik versi realiti kehidupan yang penuh pengajaran.. tonton la betul2.. banyak boleh kita belajar.. dari sisi gelap realiti kehidupan kita.. yang kita nampak baik.. belum tentu baik.. yang kita nampak buruk.. belum tentu buruknya.. “

Kini Drama Nur 2 hanya berbaki beberapa episod sahaja lagi dalam minggu ini. Apa-apa pun yang naik kita ambil sebagai pengajaran dan yang tidak baik jadikan sebagai sempadan. Cuba pahamkan maksud serta mesej yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan dalam Drama Nur 2 ini.

Kepasa semua pelakon dan krew yang terlibat dengan Drama Nur 2, anda telah melakukan tugas anda dengan sebaik mungkin. Seterusnya terpulanglah kepada penonton untuk menilainya. Yang penting, mesej yang ingin disampaikan itu sampai ke hati penonton. Syabas semuanya !!

Silakan SHARE..

Sumber : Azhan Rani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..