” Kat Malaysia Vivi Yusof je yang dah pakai, untungnya mama.. “
Erma Fatima Datang Ke Indonesia Melawat Anak Baim Wong, Tapi Baim Wong Buat Kej0tan Bagi Hadiah Mahal Yang Tak Disangka. Wahhhh Bertuahnya Erma !!
Siapa tidak kenal Erma Fatima, seorang pelakon, pengarah filem, penerbit dan penulis skrip tersohor di Malaysia. Erma atau nama penuhnya Fatimah binti Rahmad dilahirkan pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia lakonan menerusi filem Rozana Cinta 87.
Di dalam bidang pengarahan, filem Perempuan Melayu Terakhir menjadi nukilan pertamanya. Sejarah paling terindah di dalam karier seninya apabila beliau dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul. Walaupun sibuk mengarah drama dan filem, Erma masih lagi aktif di dalam bidang lakonan.
Menerusi drama arahannya berjudul Bukan Cinta Aku, Erma menampilkan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia dimana Janna Nick dan Baim Wong sebagai watak utama. Bermula dari set drama ini, hubungan Erma dan Baim Wong terjalin akrab hinggakan Baim memanggilnya mama.
Menerusi akaun Instagram, Erma Fatima berkongsikan video di mana beliau telah menziarahi aktor Indonesia terkenal Baim Wong untuk melihat bayi barunya itu. Namun apa yang terjadi memang betul-betul diluar jangkaan. Baim Wong memberikan hadiah mewah buatnya. Untung betul !
Jom tengok video di bawah :
” G1ler dah @baimwong ni… Dia main order jer handphone harga RM10,0000 ni untuk aku… Dia ingat aku kaya… “
Rata-rata netizen kagum melihat cara Baim Wong menghargai Erma Fatima itu. Antara komen-komen netizen :
” Bertuahnyaaa mama.. “
” Kat Malaysia Vivi Yusof je yang dah pakai, untungnya mama.. “
” Alhamdulilah syukur rezeki.. “
” Bosquee memang begitu… Dia suka berbagi.. Harga belakang cerita. Selalu tengok YouTube dia.. “
” Anak belanja mak tu apa hal… Dia ada duit tu kak erma dia sayang mak dia.. “
” Jenis kenang budi ini baim kan kak @ermafatima bagus betul.. “
” Orang baik, bertemu orang baik.. Dapat rejeki yang baik.. “
” Alhamdullilah rezeki.. Baik hati sungguh baim.. “
” Mama erma pon baik suke memberi, tolong orang so Allah bagi ganjaran kat mama.. “
Baim sungguh hati Baim Wong ini. Jarang-jarang nak jumpa orang yang jenis mengenang budi dan dermawan seperti ini. Erma Fatima pun sememangnya pengarah yang baik dan rapat dengan semua pelakon dan kenalannya jadi tidak mustahil baik di balas baik.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Baim Wong mahupun Erma Fatima diberikan rezeki yang tidak put0s-put0s dari Allah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..