” Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama, takde setitik pun kurang.. “
Dato’ Fizz Fairuz Beri Kej0tan Istimewa Buat Peminat Dengan Berita Kehamilan Datin Almy Nadia, Namun Reaksi Muka Anaknya Afrina Arianna Jadi Perhatian !!
Siapa tidak kenal pelakon berbakat besar, Fizz Fairuz. Drama Nur Kasih menaikkan namanya hingga menjadi sebutan peminat dek kerana watak tulus yang dibawakannya itu. Pada 27 Januari 2018, menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran ketika istiadat ulangtahun keputeraan Sultan Pahang membawa gelaran Datuk kepadanya.
Nama Dato Fizz kembali menjadi sebutan apabila lakonannya di dalam drama Kamar Kamariah meninggalkan kesan ger4m dan benc1 peminat. Dato Fizz telahpun berkahwin dengan pelakon Almy Nadia setelah lama menjalin hubungan cinta.
Pasangan dua sejoli ini melangsungkan pernikahan mereka pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan ini mereka sudahpun dikurniakan Allah dengan tiga orang cahayamata comel diberi nama Nur Afrina Arianna, Nur Aurora dan Nurafrina Ayra.
Menerusi akaun Instagram, Dato Fizz Fairuz telah berkongsikan beberapa keping gambar scan baby isterinya Datin Almy Nadia. Wah gembiranya bakal ada cahayamata keempat nanti. Nampak gayanya orang paling gembira Arianna. Tersengih-sengih memegang hasil scan tersebut.
Jom baca perkongsian di bawah :
” Hadiah new year.. hehehe penutup 2019.. amin rezeki Allah.. kasih sayang utk anak2 tetap sama, takde setitik pun kurang.. amin.. #babynewyear2020 doa yg baik2 ok.. cc @almynadiaofficial.. “
Rata-rata netizen gembira dengan perkhabaran itu. Antara komen-komen netizen :
” Alhamdulillah tahniah dato datin.. “
” MasyaAllah… Hebat rezeki Allah bagi pada mu. Alhamdulilah.. “
” Hero pulakk kali nie.. In shaa allah amin.. “
” Semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan.. Ibu dan baby sihat Aamiin.. “
” Muda-muda ni takpe beran4k, pasni anak-anak dah besar senang… Anak-anak pun cantik comel.. “
” Waaaa…. Tahniah .. Nak cari boboy.. “
” Hero is coming… Aamiin.. “
” Syukur Alhamdulilah this time Lelaki lah.. Aamiin.. “
” Tahniah .. Yeayy harap both of u dapat lah baby boy pulak kali ni insyaallah.. “
” Tengok muka si kakak excited sangat nak dapat adik.. “
Wahh tersenyum manis Arianna nak dapat adik baru yer. Mesti teruja sangat, mana tahu dapat adik lelaki pulak kali ni. Murah sungguh rezeki Dato Fizz dan Datin Almy Nadia ni. Peminat pasangan ini turut tumpang gembira dan ramai mendoakan semoga kehamilan kali ini memberikan bayi lelaki. Amin..
Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah di atas berita gembira ini dan marilah sama-sama kita berdoa moga doa peminat untuk melihat fizz junior dimakbulkan Allah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG fizz fairuz by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..