” Kami buat itu (padam video) kerana.. ” – M Sugu

Ini Jawapan Youtuber Masakan Sensasi, Sugu Pavithra Setelah Kec0h Tindakannya Memadamkan Semua Video Masakannya Di Youtube Yang Mengej0tkan Ramai. Tak Sangka Ini Sebabnya, Alahai Sed1hnya !! 

Sejak semalam, nama S. Pavithra dan suaminya M Sugu sekali lagi menjadi tumpuan ramai. Pasangan ini dilihat telah memad4mkan ke semua video masakan mereka di saluran youtube channel ‘ Sugu Pavithra ‘. Sebagai rekod, pasangan Sugu dan Pavithra ini mula mendapat tumpuan ramai setelah video tutorial masakan mereka tular di kalangan netizen.

Berkongsi resepi masakan yang simple namun nampak menyelerakan dan mudah dibuat, saluran Youtube mereka mendapat sambutan ramai. Rekod akhir mencatatkan video mereka ini ditonton lebih 785,000 tontonan. Pavithra yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu juga menjadi salah satu daya tarikan peminat terhadapnya.

Istimewa dan popularnya Pavithra sehinggakan mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dihadiahkan ketuhar dan tripod buat Pavithra rasa gembira dan juga terharu. Percubaan Pavithra dan Sugu juga membuahkan hasil apabila mencapai target yang disasarkan oleh Youtube.

Mendapat anugerah ‘ Silver Play Button ‘ daripada pihak Youtube baru-baru ini, pasangan ini mendapat rezeki berganda. Siapa sangka daripada suka-suka akhirnya menjadi sumber pendapatan buat mereka sekeluarga. Pendapatannya juga dikatakan mencapai puluhan ribu ringgit hasil tontonan orang ramai di saluran youtubenya itu.

Namun ins1den yang tidak diingini terjadi beberapa hari lepas antara Pavithra dan Sugu membuatkan Pavithra mengambil keputusan untuk memadam semua video masakannya itu. Laman Instagram milik mereka juga dihuj4ni komen netizen yang bertanyakan mengapa Youtube mereka kini sudah tiada content.

Akhirnya jawapan diberikan oleh Sugu kepada media yang mereka tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan aktiviti di Youtube. Mahu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini tanpa ada perhatian daripada orang ramai. Satu berita yang menyed1hkan buat peminat masakan.

Nampaknya tiada lagi resepi ringkas yang dapat dibuat contoh. Apa pun, semoga segala urusan Sugu dan Pavithra dipermudahkan. Semoga suatu masa nanti, sekiranya hati mereka terbuka untuk kembali aktif di Youtube, peminat pasti menerima dengan terbuka. Apa-apa pun kita kena hormat keputusan mereka. Semoga berbahagia selalu Sugu dan Pavithra.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sugu Pavithra , Portal Sinar Harian 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..