” Kalo letak sebelah Jong Suk dengan Park Bo Gum boleh pengs4n doooo HAHAHAHA “

Bayi Kacukan Korea – Malaysia, Adam Rayyan Park Sudah Besar Dan Menawan Hati Ramai Peminat. Hensem Giler!!

Adam Rayyan Park pernah menjadi sebutan netizen kerana kecomelannya. Kemunculan Adam Rayyan Park, bayi yang comel ini merupakan seorang bayi kacukan Malaysia-Korea. Campuran wajah melayu daripada ibunya dan ketampanan ayahnya dari Korea Selatan membuatkan Adam menjadi bayi paling popular di Instagram suatu ketika dulu.

Adam Rayyan Park atau nama Koreanya Park Hyeon Min dilahirkan pada 24 Jun 2015 di Sabah, Malaysia. Kerana wajahnya yang comel, banyak tawaran yang diterimanya terutama untuk beberapa jenama pakaian Korea terkenal kanak-kanak iaitu R.robot dan Ulzzang Kids Moon.

Adam Rayyan Park tinggal di bandar Daejeon di Korea. Ibu bapanya memiliki kedai dobi di sana. Dia juga dikenali sebagai Ulzzang AEGY yang bermaksud “wajah bayi terbaik”. Terkini, Adam Rayyan Park sudah berusia 4 tahun dan memiliki seorang adik perempuan bernama Aaishah Ryyana Park.

Menerusi akaun Instagram, ibunya sering berkongsi gelagat dan aktiviti Adam Rayyan Park dan juga adiknya, Aaishah Ryyana Park. Dahulunya Adam sentiasa dipuji kerana kecomelannya tapi kini ramai memuji kerana ketampanannya. Baru 4 tahun dah makin handsome ye Adam!

Di bawah adalah beberapa gambar terkini Adam Rayyan Park dan juga adiknya yang dikongsikan oleh ibunya di akaun Instagram miliknya :

” Our handsome prince nowadays dia tak suka ambik gambar “

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar terbaru Adam Rayyan Park dan adiknya Aaishah yang comel :

” My first born, Adam “

” At last hyunmin oppa! nowadays dia tak nak bergmbar haha. hensem anak eomma “

” Why are u so handsome, my first born “

Adik Adam Rayyan Park, Aaishah Ryyana Park

” Before tidur petang, ambik gmbar dia “

” Adik bradik. bila Adam di sebelah adik dia, Adam nampk macam budak sekolah rendah ja hahaha “

” Park siblings. Adam pandai betul main2 dgn adik dia. so adorable “

Rata-rata ramai yang memuji kecomelan dan ketampanan Adam Rayyan Park. Antara komen-komen netizen:

” Hensemnyaaa budak ni.. ramai peminat ni besar nanti, Kejap jer masa berlalu “

” Dia makin mature so malu dah tu nk bergambar, muka dari kecik tak berubah tapi makin hensem “

” Why u’re so cute and handsome adam.. Model to be.. Maybe “

” Omg, dah besar pun Adam. so handsome and melting. Boleh jadi pelakon Korea “

” Ini betul muka appa. Adam ikut omma. Comel nyaaa Aaisyah  dan comelnyaaa thats smile “

” He grow up with too much handsomeness. Adam bila nak balik Malaysia? “

” Kalo letak sebelah @jongsuk0206 dengan @parkbogumactor boleh pengs4n doooo HAHAHAHA “

” Hensem betul la Rayyan ni… mesti jadi rebutan awek Korea nanti “

Alahai, sangat comel dan hensem kan? Geram pula melihat gambar-gambar Adam Rayyan Park ni, pasti lepas ni ada yang berangan-angan hendak cari calon suami dari Korea pulak kan!

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Adam Rayyan Park dan adiknya menjadi anak yang soleh dan solehah, membesar dengan sihat dan bijak serta berjaya dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG adam.aaishahpark by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..