” Kalau terbangun lewat subuh contohnya jam 10 pagi, solat tu nak niat biasa ke qada’ “

Penjelasan PU Azman Buat Ramai Yang Buka Mata. Tapi Sempat Lagi Cik Man Selit Lawak !!

Nama Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata mengenali dan mengetahui PU Azman merupakan juara program Pencetus Ummah musim kedua pada tahun 2014. Pendekatan dakwahnya sangat disenangi ramai.

PU Azman yang selalu membiasakan diri dengan nama Cik Man ini juga menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyampaikan dakwah seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini khususnya untuk menarik minat golongan muda dengan dakwah yang disampaikannya.

PU Azman aktif di media sosial terutama sekali menerusi Instagram, beliau juga sering menjawab soalan yang diajukan oleh netizen berkaitan isu-isu agama dan apa-apa isu yang viral. Dalam serius PU Azman menjawab soalan yang diajukan dengan secara sponton sambil menyelitkan elemen lawak. Kini PU Azman juga terlibat dalam dunia lakonan.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi hukum jika kita terlewat bangun untuk solat subuh tanpa sengaja. Apakah yang patut kita lakukan ? Bagaimana dengan niat sama ada nak qada’ (ganti) atau terus niat seperti biasa. Semuanya terjawab dalam penerangan PU Azman di bawah :

Jom baca perkongsian PU Azman :

” Kalau terbangun lewat subuh, walaupun matahari sudah meninggi contohnya jam 10, maka solat terus tanpa tangguh.. “

” Yang salah itu bukan sebab tak sengaja bangun lewat, tapi sebab bila dah bangun, banyak benda lain yang kita buat.. ”

مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا.

” Maksud :  Siapa yang terlupa solat (terlepas solat disebabkan terlupa) maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatnya semula.. ”

” Niat boleh samada niat macam biasa atau niat qada’. Jadi bila bangkit selepas tidur, terus solat. Sebelum bangkit selepas mat1, terus akhirat.. ”

” Jadi hukum ini sama juga dengan solat-solat yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak. Yang tak perlu, solat jenaz4h jer. Tukang edit @ameershah48.. ”

View this post on Instagram

Kalau terbangun lewat subuh, walaupun matahari sudah meninggi contohnya jam 10, maka solat terus tanpa tangguh. . Yang salah itu bukan sebab tak sengaja bangun lewat, tapi sebab bila dah bangun, banyak benda lain yang kita buat. . مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا. . Maksud :"Siapa yang terlupa solat (terlepas solat disebabkan terlupa) maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatnya semula". . .Niat boleh samada niat macam biasa atau niat qada'. . Jadi bila bangkit selepas tidur, terus solat. Sebelum bangkit selepas mati, terus akhirat. . Jadi hukum ini sama juga dengan solat-solat yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak. Yang tak perlu, solat jenazah jer. . Tukang edit @ameershah48

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Rata-rata netizen berterima kasih kepada PU Azman atas perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Ramai yang tanya niat yg mana satu. Dua2 boleh. Tapi tak perlu pening2. Niat tu apa yang terlintas dalam hati kita. Kita bangun nak solat dah niat dah tu. Kalau time tu kita terfikir nak qadha.. pon sama jgk.. dah termasuk niat dah. Jadi jangan was2… mana yang terlintas time tu.. solat je terus. Wallahualam.. “

” Tq atas ilmu yang berguna… semoga mmberi manfaat… “

” Kalau ari2 terlajak subuh. masih bole ke. buat ari2.. “

” Ada betul ke istilah subuh gajah tu.. “

” Allahuakbar ustaz. yg bila bangkit dari tidur trus solat tu saya ok lgi ustaz.. Sampai yg bangkit lps mat1 tu knp ayat tu SAV4GE sngt. Huhuhu.. “

” Pakcik orang setakat hari ini ok je. kalau bangun lambat macam pukul 6.45 pagi tapi tetap solat. even pukul 7 pun.. “‘

” Moral of the story lain kali suruh mak kan kejutkan lah.. “‘

” Allahu terima kasih ustaz atas pencerahan.. “

” Baru fahamm… terima kasih cik man atas peringatan.. “

Terima kasih PU Azman atas pencerahan ini. Apa yang penting, janganlah kita sengaja melewat-lewatkan solat, solat di awal waktu itu kan lebih afdhal. Kalau rasa susah nak bangun subuh, kunci jam volume paling kuat, atau suruh mak atau siapa-siape kejutkan. Semoga solat kita selepas ini lebih sempurna daripada sebelum-sebelum ini. Amin.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..