” Kalau tengok muka Jep pon dah gelak, dengar suara Jep dah berdekah.. “

Sepahtu Reunion 2019 Episod Paling Terbaik Dan Banyak Pengajaran !!

Pada pertengahan Tahun 2015, Kumpulan Sepahtu telah mengadakan jelajah Sepahtu. Sepahtu telah menghasilkan sebuah sitkom bertajuk Sepahtu Reunion.

Pada November 30 2015, Kumpulan Sepahtu telah menjadi penyampai radio Sinar FM dalam slot Sepahtu Sinar. Kemudian Jep , Rahim R2 & Angah Raja Lawak pula kemudikan Slot Pagi Di Sinar menggantikan slot Sepahtu Sinar.

Antara nama-nama besar yang menjayakan Sepahtu reunion kali ini adalah Jep, Syuib, Rahim, Salleh Yaakob dan Syura. Episod kali ini banyak berkisarkan pantun-pantun melayu. Pantun-pantun yang digunakan diselitkan dengan pickup line yang menambahkan resepi dalam lawak Sepahtu reunion kali ini.

Dengan gabungan semua artis-artis yang terlibat dalam menjayakan episod kali ini membuatkan lawak-lawak berkualiti terhasil… Syabasss SEPAHTU REUNION!!

Menerusi akaun Instagram, Jepsepahtu berkongsi video sedutan Sepahtu Reunion Live 2019 bagi episod kali ini. Rata-rata penonton terhibur dengan gelagat Jep.

Jom tonton video tersebut di bawah:

” Siram selasih di tepi batu, Selasih disiram di waktu petang, Indah berseni pantun dan lagu, Martabat melayu megah dijulang. #sepahtureunion2019 “

Rara-rata peminat memuji cara JepSepahtu berpantun. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah team Sepahtu Reunion. Suka sangat telinga nii dengar pantun pantun yang didendangkan semalam, Episod paling terbaik dan banyak pengajaran “

” Minggu nii lain best jugak tp minggu nii paling best… penuh dengan pantun… terbaik… “

” Menjadi walaupun tengok kertas dalam sampan tu… terbaik semalam abg SY pun kelakor. “

” Jangan lawak sangat @jepsepahtu kome ingt kite boleh nahan ke negok kome hahaha bdekah2 tau dak good job sepahtu… “

” Kite kalau tengok muke jep pon dah g3lak… kalau dengar suara jep dah berd3kah.. kalau berpantun g3lak sampai menang1s… “

Alahai Jep, tak pernah tak lawak. Ada saja idea dia nak bagi orang gelak. Semoga Sepahtu terus menghasilkan lawak-lawak yang berkualiti lagi selepas ini. Amin.

Silakan SHARE:

Sumber: IG Jep Sepahtu by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..