” Kalau sempat kakak jawab.. ” – Sari Yanti
Buka Sesi S0al Jawab, Persoalan Peminat Dijawab Sari Yanti. Wah Sedapnya Nama Baby Boy. Maksud Yang Elok Dan Baik. Alhamdulillah !!
Kira-kira 2 minggu lalu, telah selamatnya Sari Yanti melahirkan seorang cahayamata lelaki iaitu anak kedua perkahwinannya dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu. Kelahiran ini menggembirakan pasangan ini yang ternanti-nanti sejak Sari disahkan hamil dulu.
Menempuh waktu kelahiran yang agak sukar, Sari akhirnya selamat melahirkan dan ini diceritakan sendiri oleh Sari di akaun Instagramnya. Turut menceritakan situasi Jep yang cem4s melihat keadaannya ketika diland4 k0ntraksi kelahiran, ianya menjadi kenangan indah untuk mereka kenang.
Kini peminat sudah tidak sabar lagi menunggu pasangan ini menunjukkan wajah putera mereka. Terdahulu Sari dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki hasil perkahwinan pertamanya iaitu Barr dan Baasit. Manakala Dariya Inara anak pertama hasil perkahwinannya bersama Jep.
Menerusi Instagram Story Sari Yanti, telah dikongsikan beberapa paparan soal jawab Sari bersama peminat. Soalan yang banyak berkisar dengan bayi keduanya dan berkenaan kehidupan peribadinya ini menjawab tanda tanya peminat setia Sari dan Jep.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wah sedap sungguh nama baby Boy, Khidir. Jika dalam sejarah Islam, nama Khidir adalah nama salah seorang Nabi iaitu Nabi Khidir a.s. Insha Allah moga baby Khidir menjadi anak yang soleh apabila besar nanti. Semoga Sari sekeluarga sentiasa berbahagia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti, IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..