” Kalau nak selamat kan, kenapa bagi markah rendah kat Fieya Julia.. “

Dikatakan Masih Awal Untuk Guna Imuniti, Dato’ Siti Nurhaliza Dedah Sebab Bagi Imuniti Pada Fieya Julia Di Big Stage !! 

Rancangan realiti nyanyian Big Stage musim kedua kembali menyemar4kkan lagi malam minggu anda dengan persembahan peserta yang bertanding untuk merebut gelaran juara. Ini adalah program pencarian bakat Budak Baru Nak Up (BBNU) yang mempunyai banyak jumlah tontonan di Youtube.

Untuk minggu keempat yang berlangsung malam tadi yang bertemakan Duominasi dan para peserta membuat persembahan secara duet bersama artis jemputan pilihan mereka. Seramai 10 peserta yang masih bertanding setelah Sheryl Shazwanie telah tersingkir pada minggu kedua dan Aziz Harun menarik diri pada konsert minggu ketiga untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Adzrin mengungguli carta dengan mendapat markah keseluruhan 81% daripada juri. Diikuti dengan peserta yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul yang memperolehi 79.67% markah. Seterusnya Santesh mendapat tempat ketiga dengan 79.50% markah.

Manakala tiga peserta yang mendapat kedudukan terendah adalah Fieya Julia dengan markah 72.33%, Irfan Haris 70.33% dan peserta cantik manis dari Thailand, Chaleeda yang memperolehi markah 67.33%. Namun juri tetap, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengej0tkan ramai apabila membuat keputusan untuk menggunakan imuniti pada minggu yang keempat ini yang ramai merasakan masih terlalu awal untuk digunakan.

Dato’ Siti memilih untuk menyelamatkan Fieya Julia. Setelah nama peserta yang patut disingk1rkan diumumkan adalah nama Fieya Julia, ternyata pilihan Dato’ Siti sangat tepat dan tiada penyingkiran pada konsert keempat ini kerana Fieya diselamatkan oleh imuniti itu dan dalam masa yang sama dapat memberi peluang kepada semua peserta untuk terus beraksi membuat persembahan pada minggu hadapan.

Menerusi akaun Instagram Astro Gempak, Dato’ Siti mendedahkan kenapa beliau membuat keputusan untuk memberi imuniti kepada Fieya. Menurut Dato’ Siti, Fieya ada ‘sesuatu’ tapi masih belum menunjukkan bakat yang sebenarnya di pentas dan suaranya juga sangat unik.

Jom tonton video di bawah :

” Ini sebab kenapa @ctdk memilih untuk memberi imuniti kepada @fieyajulia.. “

Rata-rata ramai yang bersetuju apabila Dato’ Siti membuat keputusan memberikan imuniti kepada Fieya. Antara komen-komen netizen :

” Kalau nak selamat kan. Knp bg markah rendah kt @fieyajulia. Da bole aim kan si Thai tu akan stay so, just for strategy letak dia with higher online vote at bottom 3. Da almost all week Kan. Tu pon tkbole brain @ctdk bkn nk dengk1 or saje2 singk1r. If next week she perform then let be.. ”

” Apabila populariti lebih dari kualiti. Please la astro cancel je penyingk1ran menggunakan undian semua tu. Better ikut markah juri je‬ & tq dato ct sbb gunakan imuniti.. “

” Mmg fieya ada sesuatu.. fieya buktikan yg awak boleh.. demi kluarga, peminat penyokong yg setia menemani awak.. go go.. “

” Terima kasih mak iti selamatkan fieya @ctdk, @fieyajulia.. “

” Terima kasih tok @ctdk .. @fieyajulia next performance buat yg lbh gempak.. jgn bg tok ti kecewa.. u go gurl.. u can do it.. !! “

” Pilihan yg tepat.. Suara Fieya Julia best…. Hope @fieyajulia ambil peluang ini dgn sebaik2nya.. Beri 200%… bukan 90%.. “

” @fieyajulia you really deserve for this. so lets slay it gurl for this week !! “

” Nasib baik. Thank You Dato’ Siti.. “

” I swear tknak dah tngok bigstage kalau fieya julia tersingk1r . Telinga aku dengar okay je dia bawak lagu tu tkdak dok drama apa pun and tak sumb4ng . Ish , dasar bahen0l betul la.. “

” Seyes ok suara fieya sedap sgt .. tergamam nama dea kena .. adoii tokti penyelamat, macehh !!! Please fieya .. do more better please.. “

” @fieyajulia Pls buat yg tbaik mggu dpn.. tokti hargai bakat kamu.. so jgn hmpakan beliau n peminat kamu.. “

Apa-apa pun semoga Fieya menghargai peluang yang diberikan ini sebaik mungkin dan membuat persembahan yang terbaik pada minggu hadapan. Jangan sia-siakan peluang yang diberikan ini dan jangan hampakan sokongan peminat yang menyokongnya. All the best untuk Fieya !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..