” Kalau lelaki ikut muka bapa, Mesti manja dengan mak … “

Shila Amzah Kongsi Gambarnya Dan Suami Semasa Bayi. Comelnya Seth Uwais Ikut Muka Siapa Ye !!

Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala. Shila mula bergiat aktif dalam bidang muzik ketika berusia sembilan tahun lagi.

Shila merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang popular di negara China. Beliau berjaya dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan. Shila telah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya bernama Haris Idraki Elias yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London.

Baru-baru ini, Shila selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Ogos 2019 yang lalu bersamaan dengan hari kemerdekaan Malaysia dan Awal Muharram. Bayi yang diberi nama Seth Uwais Bin Haris Idraki dilahirkan secara pembed4han.

Menerusi akaun Instagram, Shila berkongsi gambarnya dan suami semasa masih bayi. Beliau membandingkan gambar mereka dengan anak kesayangan, Seth Uwais. Nampak Seth ikut muka siapa ye? Shila menyatakan wajah anaknya lebih mirip kepada suaminya.

” Seth ni anak bapak ni, tgk tu dagu dia ya Allah . Sama dengan bapak nyaaaa @hariselias . Okay takyah tgk mommy la ye. @sethuwais “

Rata – rata peminat bersetuju dengan Shila bahawa wajah anaknya lebih mirip kepada suaminya. Antara komen-komen mereka :

” Baru nak kata sama ngan bapaknya.. Tertengok mommy plak.. Selamat berpant4ng .. Omey Seth.. “

” Comelnye.. Tapi macam ada skit je muka mommy.. “

” Takpe.. nanti bsar ikut muka mommy plak.. “

” Haha.. Itu biasa.. Kuar2 semua ikut muka bapak.. “

” Kalau lelaki ikut muka bapak.. Mesti manja dengan mak.. “

” Macam bapak dia.. Tahniah Shila.. Comel sgt .. “

Comel sangat Seth. Secomel namanya Seth Uwais. Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan suami atas kelahiran cahaya mata ini. Selamat berpantang dan semoga Seth membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..