” Kalau la kita tau rahsia aturan Allah pasti kita akan hargai setiap detik dengan dia kan.. “

Kenangan Achey Bersama Abam Buat Netizen Sayu. Yang Terindah Sesungguhnya Dirimu Sahabatku Abam. Rindu Yang Tiada Penghujungnya !!!

Persahabatan anggota kumpulan Bocey bukan hanya di atas pentas malah mereka juga erat di alam nyata. Pemergian Abam ditangisi Achey dan Fad seolah hilang separuh nyaw4 Bocey. Tanggal 10 Februari pasti tersemat di dalam memori Achey dan Fad bila Abam pergi menemui Ilahi.

Fad yang berada di Jepun bersama keluarga hampir tak keruan dek kerana jarak yang mem1sahkan untuk beliau segera kembali ke tanahair. Hanya dapat melihat dari jauh melalui video call sahaja. Achey pula mengiringi sahabatnya ini sehingga selesai perkebum1annya.

Sejarah kumpulan Bocey bermula pada November 2013 apabila mereka mula bergabung membentuk sebuah kumpulan dari nama asalnya Bocik kepada Bocey untuk menyertai rancangan Maharaja Lawak Mega 2013. Bakat mereka dalam bidang komedi tidak perlu dipertikaikan lagi.

Menerusi akaun Instagram, Achey Bocey telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan beliau bersama Abam dan Fad sedang menyampaikan lagu Yang Terindah karya Achey. Apa yang menyentuh hati netizen bila melihat gelagat Abam dalam video ini.

Jom tonton video di bawah :

” #yangterindah #kitabaikramaisayang #bocey.. “

View this post on Instagram

#yangterindah #kitabaikramaisayang #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Kalau la kita tau rahsia aturan Allah pasti kita akan hargai setiap detik dengan dia kan.. “

” Aj1l dan jodoh memang rahsia Allah tak kan kita tahu ape cara sekali pun.. “

” Tuhan nak kita belajar menghargai. Bukan sahaja cari bila dah pergi. Tapi hargai selagi dia masih ada di sisi.. “

” Allah yang lebih mengetahui segala yang tersembunyi… Kita peminat pun sedih nikan mereka yang rapat dengan arw1h.. “

” Kita kena hargai setiap detik dengan semua orang disekeliling kita.. Sebab kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.. “

” Hatta malaikat pun tak tahu. Semua dalam arasy Allah. Semoga abam damai disana.. “

Terharu dan sebak melihat persahabatan mereka bertiga ini. Segala pahit manis dikongsikan bersama. Dari bukan sesiapa menjadi seseorang yang ada nama. Indahnya persahabatan bersulam kasih sayang.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Abam ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan buat Achey dan Fad, teruskan perjuangan Bocey selagi nyawa dikandung badan. Semangat Abam pasti mengiringi bersama kalian.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey, IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..