” Kalau korang duduk tempat aku baru la korang paham kenapa aku tak pernah kesian kat dia.. “

Video Babak Drama Nur 2 Yang Tidak Menjadi, Azhan Rani Dedah Apa Yang Berlaku Di Sebalik Tabir, Dia Menjadi Mangs4 ‘Der4’ !!! Aduhhh.. Nak Kesian ke Nak Nangis Ni ??

Pembawa watak antag0nis menerusi slot drama Nur dan Nur 2, Azhan Rani atau nama sebenarnya Azhan bin Abdul Rani, seringkali menjadi buah mulut dan kemar4han peminat drama ini.

Kehebatannya dalam lakonan tidak dapat disangkal lagi, apabila Azhan memenangi anugerah kategori Antagonis Pilihan. Azhan sememangnya layak !!

Drama Nur telah menjadi perhatian apabila telah memenangi enam anugerah di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019 ).

Malam gilang gemilang itu telah dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad 7 April 2019 yang lalu.

Umum mengetahui Nur 2 adalah drama berantai 2019 yang mula ditayangkan pada 2 April di saluran Tv3 melalui Slot Samarinda . Drama ini adalah terbitan Radius One Sdn. Bhd yang akan kembali dengan sekuel terbaru dan akan bersiaran selama 15 episod.

Pengarahnya Sharulezad Mohameddin masih mengekalkan barisan pelakonnya iaitu Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hasan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah dan Eyra Hazati.

Terapan pelbagai genre seperti konflik, cinta , keluarga dan agama menjadikan drama ini trending dan peminat pastinya setia menunggu di kaca televisyen setiap jam 10.00 malam hingga 11.00 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Terkini, pelakon Azhan Rani telah memuat naik sebuah video daripada sedutan drama arahan Shahrulezad Mohamedin itu di laman sosial instagram miliknya.  Rakaman video tersebut memaparkan adegan Aishah (lakonan NoorKhiriah) dan Ustaz Hamadi (lakonan Azhan Rani) yang tidak menjadi.

Pada minit awal sedutan, Aishah kelihatan sedang memerhatikan suaminya Ustaz Hamadi yg sedang tidur. Dengan iringan keasyikan lagu latar untuk drama Nur 2 iaitu Pudar nyanyian Indah Ruhaila, seolah tiada apa yang akan berlaku.

Suasana ketika itu masih tenang. Tiba-tiba  Ustaz Hamadi ingin men4mpar nyamuk di leher dan Aishah terkej0t !! Hah.. apalagi bersilatlah Aishah dan dipuk0l-puk0lnya Ustaz Hamadi. Hehehe…

Babak yang tidak menjadi itu dikongsi oleh Azhan Rani untuk menyatakan kenapa Ustaz Hamadi tidak pernah kesian kepada Aishah. Dia selalu menjadi mangsa ‘der4’ Aishah.

Pengikut Noorkhiriah pastinya mengenali khiriah yang ku4t mel4tah. Babak itu tidak menjadi kerana Khiriah tiba-tiba terkej0t dan terus bersilat atas katil lalu memuk0l Ustaz Hamadi dengan tidak sengaja. Kalau nak tahu apa yang jadi seterusnya kenalah tonton video yang dikongsikan sampai habis.

Babak kena puk0l ! Redha je Ustaz Hamadi masa ni..

Jom tonton video di bawah :

” Korang selalu kata muka kesian Syed Hamadi tak boleh percaya.. ce tengok aishah pulak.. “

” Kalau korang dok tempat aku baru la korang paham kenapa aku tak pernah kesian kat dia.. hanya mangsa der4 je yang faham akan peritnya pender4an.. “

Rata-rata pengikutnya sangat terhibur dan ada juga yang menyuruh Aishah menol4k terus Ustaz Hamadi j4tuh katil. Antara komen-komen mereka :

” Hahahahaha sekali Dia pandai silat lahhh !!! “

” Patut tolak jer jatuh katil…. lain kali puk0l kuat2 biar leb4m….. awak tu mmg x insaf2 suka menyakat … “

” Abang kan dah insaf ni. dalam rumah pun pakai kopiah. awak x nampak ? “

” Pttnya msa melatah tu aisyah teraj4ng je tros ke lantai.. biar melatah bjemaah br sweet “

” Aku dah cakap dia kelako haha “

” Terbersilat di buatnya. Mmg ptut kne dera pun si madi ni. Dah lah watak buat org menyump4h seran4h x hbis, buat plk partner nya bersilat. X blh tahan btl lah “

” Terbangun Pagi nie. Sbb mimpi ngerii. Boleh pulak abg Azhan Rani nie masuk mimpi aku. Dah lah dlm mimpi tue jd jah4t. Aku baca Ayat kursi m4ti akhirnya. Mmg lah yg kacau aku.  Ntahlah nak gelak ke nak tak0t ke nak ger4m.

Alahai Ustaz Hamadi bertabahlah ye sebab kena ‘der4 ‘. Kami di Berita Kopak mendoakan Azhan Rani sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kerjaya lakonan. Terus bersemangat dan berjuang dalam arena seni tanah air. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Azhan Rani By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.