” Kalau cakap adik bongsu orang percaya jer.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Keluarga, Penampilan Amy Mastura Dan Anak-Anak Daranya Tarik Perhatian Peminat. Wahhh.. Nampak Macam Adik-Beradik Jer. Awet Muda Sungguh Amy !!

Mencecah usia hampir 50 tahun, penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura masih tetap cantik malahan masih nampak muda seperti dahulu. Wajah dan bentuk badannya masih sama seperti ketika beliau berusia 20 an. Sehingga sekarang, Amy masih lagi aktif dalam dunia seni.

Sering diundang menjadi tetamu-tetamu dalam rancangan hiburan tanah air, kehadiran Amy pastinya mengg4matkan suasana. Penampilannya yang anggun dan suka berceloteh membuatkan Amy sentiasa nampak comel di mata. Seorang yang suka melatah, pasti ada sahaja keletahnya yang mencuit hati.

Kini, Amy banyak menerima watak sebagai seorang ibu di dalam kebanyakan drama lakonannya. Beliau telah berkahwin dengan Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Adalia Tham Suffian dan Adriana Tham Suffian.

Menerusi akaun Instagram, Amy memuatnaik gambar keluarganya ketika sambutan hari raya Aidilfitri tempoh hari. Kalau dilihat di laman Instagram beliau, Amy sering berkongsi gambar bersama keluarganya. Nampaknya kedua-dua anak Amy sekarang sudah besar dan nampak seperti adik-beradik sahaja dengan ibu mereka.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya … )

Penampilan Amy yang awet muda membuatkan ramai memberi pujian kepadanya. Antara komen-komen mereka :

” Mamanya cantik, comel sangat. Kalau cakap adik bongsu orang percaya jer.. “

” Tak di makan usia Kak Amy ni, sentiasa nampak cantik awet muda. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Kak Ami sekeluarga.. “

” Selamat hari raya kt amy yg comel dn cute sentiasa… insyaallah aamiin.. “

” Untuk My Chantikk Cummelll..ย  Shamat hari rayaaa.. “

” Kak Amy dh mcm Si bongsu.. “

” Asallamuaillaikum. Nampak amy muda la.Selamat Hari Raya.. “

” Slmat hari raya kak Amy & family.. suka tgok pic first tu.. sbb meow pun pandai posing.. “

Sememangnya tidak makan dek usia wajah Amy Mastura. Masih cantik dan comel seperti dahulu. Apakah rahsianya ye ? Semoga Amy Mastura sentiasa berbahagia bersama keluarga dan rumahtangga yang dibina dirahmati Allah SWT dan berkekalan hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Mastura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..