” Kalau berlakon cerita hantu pun, abang ndak mau jadi h4ntu dia, nanti mandi dar4h ayam.. Buekkk.. “

Gelagat Zareef, Anak Eizlan Yusof Ketika Disalut Lumpur Semasa Berlakon Buat Ramai Terhibur. Part Membebel Dalam Loghat Sabah Tu Serius Comel !!

Nama Dato’ Eizlan Yusof atau pemilik nama sebenar Dato’ Sri Idris Md Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi. Walau pun pernah popular dan sentiasa disebut-sebut suatu ketika dahulu, tetapi sehingga kini namanya masih lagi segar dalam industri hiburan tanah air.

Ramai sedia maklum Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun pada 7 Julai 2007. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk berpis4h pada 28 September 2014.

Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama. Namun begitu, hubungan mereka masih baik demi anak-anak yang tersayang.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Jika anda mengikuti akaun Instagram Eizlan, pasti anda mengetahui yang Eizlan sering memuatnaik video bersama anak-anaknya.

Dilahirkan sebagai anak selebriti, ketiga-tiga anak Eizlan tidak boleh lari dari tempias populariti yang dimiliki oleh ayahnya. Malah wajah cantik dan comel anak-anaknya mewarisi kecantikan ibu dan kekacakan ayah mereka.

Kepetahan anak-anaknya yang bercakap dalam loghat negeri Sabah membuatkan ramai yang tertarik dengan keletah mereka yang sangat comel. Lebih-lebih lagi gelagat si bongsu, Vie Zaalia yang dipanggil Jaya.

Menerusi akaun Instagram, Eizlan berkongsi video anaknya Zareef yang kini telah mengikuti jejaknya menceburkan diri dalam bidang lakonan. Untuk pengetahuan, Zareef adalah salah seorang bintang si cilik yang terlibat dengan drama popular Mak Cun, arahan pengarah hebat Erma Fatima yang kini sudah memasuki musim kelima.

Melalui video yang dikongsikan itu, Zareef sedang disaluti oleh lumpur oleh krew yang terlibat untuk menjayakan satu babak yang memerlukan dia berbuat sedemikian.

Apa yang menariknya, ketika disalut lumpur itu, Zareef tidak berhenti membebel dalam loghat negeri Sabah sehingga membuatkan sesiapa menontonnya menjadi terhibur dengan keletahnya.

Baca perkongsian Eizlan dan tonton video di bawah :

” Hahahaha punyalah Abang @zareefyusofofficial STRESS sebab kena lumur ngan lumpur. nasiblah nak berlakon sangatkan  #MakCun5 @ermafatima @izuan_mokhtar.. “

Rata-rata ramai peminat terhibur dengan gelagat Zareef ini. Antara komen-komen peminat :

” Hahahaha.. siok betul dgar sabahan dia tu bah.. “

” Gila comel.. loghat sabah tu xdak pdi hilang.. “

” Loghat sabah tu masih ada.. Comel nyer.. Haraf slang sabah tu inda hilang.. “

” Hahahahah punyalah dia membebel. Adui abg ayeep. Beginila ba jadi pelakon.. “

” Sweet betul lah tgok video anak2 dato, cara dorg cakap .. Ya Allah , teruja ter0k sy.. “

” Petah betul ba si abang becakap.. mesti budak pandai ni di skola.. Xperna dia diam di setiap video mesti becakap kan hahaha.. “

” Adoiii kesian abg ayeep, terus tkeluar ba sabah diaaa.. “

” Suke betul dgar dia ckp cara sabahan.. comel.. byk kali repeat.. “

Alahai Zareef, sudah lah kelakar, membebel pun nampak comel pula tu. Macam itulah Zareef kalau nak jadi pelakon hebat macam ayah Zareef, mesti sanggup buat apa sahaja untuk menjayakan watak yang diberikan dengan terbaik.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zareef membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. All the best Zareef..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..