” Kakak Zaara terharu ya.. “

Eizlan Yusof Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Persandingannya Yang Begitu Meriah Sekali Namun Reaksi Anak Sulungnya, Vie Zaara Menarik Perhatian Netizen. Sebaknya !

Pasangan sama cantik sama padan iaitu pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof dan isterinya Natasha Rosa Boudville telah selamat diijabkabulkan pada 12 Disember 2019. Majlis tersebut berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya. Natasha yang berusia 29 tahun itu berketurunan Serani dan telah memeluk islam pada Ogos tahun lalu.

Dengan sekali lafaz sahaja, Natasha sah menjadi isteri kepada Eizlan. Natasha telah menerima mas kahwin sejumlah RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90. Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh istiadat.

Turut serta menghadiri majlis tersebut ialah YAM Tengku Laksamana Selangor dan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang. Eizlan mempunyai tiga orang anak melalui perkahwinannya yang terdahulu bersama Vie Shanti Khan iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zalia.

Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram, Eizlan berkongsi gambar-gambar di sekitar majlis persandingannya yang berlangsung beberapa hari yang lepas. Majlis yang diadakan di Bora Ombak, Marina Putrajaya itu kelihatan begitu meriah sekali dan penuh istiadat.

” Majlis Persandingan #EizlaNatasha
Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof & Datin Sri Natasha Rosa Boudville .. “

View this post on Instagram

Majlis Persandingan #EizlaNatasha Kol. Bersekutu (PA) Dato' Sri Eizlan Yusof & Datin Sri Natasha Rosa Boudville @sashaboudville @viezaarakhan Penghargaan: @cstproduction di atas video & hasil kerja yg sangat menyentuh jiwa semua. Semoga jalinan persahabatan kita berkekalan. . Lokasi: @boraombak_marinaputrajaya Katering: @indusputrajaya, Ikhwan Katering Pelamin: @melur.putih Tidbits: @lajenrestaurant Videographer: @cstproduction Photographer: @project2pi Photobooth: @glambooth.my Applikasi: Koperasi AlNajah Pakaian L: @marozonline Pakaian P: @cosry @missoravoibridal Inai: @HennaByDyana @_byfainfuad Make Up: @jihannazira @za.mo.a Kenderaan: GISB Holdings Goodybags: GISB Holdings Show: Generasi Harapan, GISB Penginapan: @homestaybycikyatie Deko: @surprisebyfarah Bunga tangan : @duuri Lain2: @bollywoodrental_bynf @anissa.my

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini namun reaksi anak sulungnya, Vie Zaara turut menarik perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Kakak Zaara terharu ya.. “

” Sama padan.. Moga yang baik2 untuk kalian berdua.. “

” Lovely couple.. Sama cantik sm padan.. “

” Selamat pengantin baru.. “

” Congrat to both of you.. “

” Alhamdulilah.. Sm cantik sm padan.. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. “

Lagi gambar sekitar majlis :

Sama cantik sama padan bagaikan pinang dibel4h dua. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah kepada Dato’ Eizlan Yusof dan Datin Natasha Rose. Semoga melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh kebahagiaan dan berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..