” Kakak dia, Neelofa bila pulak makcik ? “

Ibu Neelofa, Noor Kartini Kongsi Gambar Persiapan Perkahwinan Adik Lelaki Neelofa, Namun Netizen Pulak Yang Sibuk Tanya Bila Neelofa Nak Kahwin !!

Siapa tidak kenal akan pelakon cantik manis, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor yang juga merupakan seorang jutawan tudung. Bermula dengan menyertai pertandingan Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 .

Neelofa terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa telah menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.

Selain terkenal dalam dunia hiburan, Neelofa juga bergiat aktif dalam bidang penulisan. Pada tahun 2016, beliau melancarkan buku pertamanya, The Chic Codes yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup Neelofa. Beliau menulis buku itu sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk dijadikan ilmu yang menjadi panduan pada orang lain khususnya remaja.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ibu Neelofa, Noor Kartini ada berkongsi gambar beliau bersama adik lelaki Neelofa, Aqief. Menurut perkongsian itu, Ibu Neelofa bersama adiknya serta pasangan sedang membuat persiapan persalinan untuk majlis perkahwinan adik Neelofa itu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Persiapan persalinan untuk perkahwinan @aqief_94 dan @ainasyahira dengan Top Designer Tanah air Dato @radzuanradziwill.. “

Namun, ada netizen yang bertanyakan sesuatu soalan mengenai Neelofa kepada Ibunya, Noor Kartini.

Namun, pertanyaan tersebut tidak mendapat respon oleh Ibu Neelofa. Alahai, siapa nak kahwin dulu pun tiada masalah lah. Apa yang nak merisaukan. Lagi pun Neelofa tu masih muda lagi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan perkahwinan adik Neelofa di permudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Noor Kartini, Neelofa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..