” Kakak Ainul suka kena kacau dengan adik Umar.. ” – Nurul Erwani

Nurul Erwani Kongsi Video Ainul Mardhiah Yang Teruja Dikacau Oleh Adiknya, Umar Abdurrahman. Amboi Sempat Lagi Ainul Jeling Tengok TV Yer. Part Yang C1um Adik Tu Buat Netizen Tersentuh !!

Baru-baru ini adik Ainul Mardhiah telah bergelar seorang kakak apabila ibunya Nurul Erwani telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada bulan lepas. Berita gembira ini turut dikongsikan oleh ayah Ainul, Ahmad Safiuddin di akaun Instagram dan juga Facebooknya.

Hari demi hari, Ainul kelihatan semakin sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain. Perkembangan Ainul sejak pulang dari London sering dikongsikan oleh kedua ibubapanya di laman sosial. Kini pada usia 2 tahun, Ainul sudah memiliki seorang adik lelaki yang diberi nama Umar Abdurrahman.

Sebelum ini Safiuddin ada berkongsi video salam perkenalan Ainul kepada adiknya itu. Ainul kelihatan sangat gembira dan ceria bertemu Umar. Rata-rata ramai netizen yang teruja menonton video yang dikongsikan itu. Alahai Ainul, ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan hati.

Hasil tinjauan terbaru kami di Instagram, Nurul Erwani telah berkongsi video terbaru Ainul dan adiknya, Umar. Dalam video yang berdurasi kurang daripada satu minit itu, Ainul sedang berinteraksi dengan adiknya. Alahai comel sangat Ainul masa ayahnya menyuruh Ainul menci0m Umar. Pandai Ainul sayang adik yer sampai ada yang tersentuh melihatnya.

Jom tonton video di bawah :

Comelnya gelagat Ainul, tak puas menonton telatahnya. Antara komen-komen netizen :

” She’s so cute. Ainul my inspiration. Saya diuji kehilangan anak pertama saya. Tapi bila saya nampak Ainul saya jadi lebih kuat dan positif. Sbb kita semua diuji. Ainul sejak lahir diuji tapi tetap tersenyum. Hebat ayah dan ibu Ainul. Doakan saya mendapat zuriat lagi.. “

” MashaAllah. sukaaa nya ainul tuuuu. adorable. moga mereka saling menyayangi sampai ke hri tua nanti.. “

” Pandai Kakak Ainul sayang adik. Ala so sweet kakak, nt main menan sama² adik plak.. “

” Kakak ainul tak sabar nak main dengan adil umar tu. Comelnya ainul bermain dgn adiknya.. “

” Dalam pada nk main dgn adik dia, mata sempat jeling tgk cartoon kat tv.. hahaha.. “

” Comel ainull. Moga nanti jadi akak yg baik utk adik umar dan anak yg solehah utk ibu dan ayah ya kak ainul.. “

” Ger4mnya tgk ainul ketawa. Ainul bijak sgt. Pandai syg adik.. Tersentuh rasa.. “

” Good girl kakak long jaga adiknya.. semoga jdi kakak yg penyanyang, baik hti dn solehah.. “

Alahai pandai Ainul sayang adik dia. Dalam masa yang sama sempat lagi jeling tengok TV yer Ainul. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ainul dan adiknya membesar dengan sihat, menjadi anak yang mentaati perintah Allah, Rasul dan juga ibu bapa. Aminnn.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Erwani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..