” Kak Mimi masa kecil comel, masa besar cantik dan cute.. “

Mimi Lana Kongsi Gambar Semasa Kecil Mendapat Pujian Dari Netizen. Wah, Memang Cantik Dari Kecil Lagi !!

Pelakon dan model cantik iaitu Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 21 November yang lalu. Beliau lebih dikenali sebagai Mimi Lana dalam dunia hiburan. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.

Beliau bersama-sama  Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid dan Puteri Aishah menyertai Dewi Remaja 2014/2015. Setelah itu, Mimi Lana mula menceburkan diri dalam dunia seni dalam bidang lakonan. Beliau mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era P. Ramlee.

Semenjak itu, beliau telah membintangi beberapa drama tempatan. Antaranya ialah Ku Tingg4lkan Cinta Di Okinawa (2015), Sein Dan Luna (2016), dan Halalkan Hati Yang Ku Cur1 (2018). Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.

Menerusi akaun Instagram, Mimi Lana berkongsi gambarnya sewaktu kecil. Wajahnya semasa kecil tidak banyak berubah sehingga dewasa. Maintain cantik dan comel. Mimi berkongsi gambar ini sempena hari lahirnya yang ke 24 tahun.

” Alhamdulillah  Another year older , stronger and wiser! Insyaallah. Thank you for all the wishes and prayers. Tak mampu nak reply semua , Tapi Mimi baca semua !!! Love you “

(Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata peminat memuji kecomelan Mimi Lana. Patutlah cantik, memang comel dari kecil lagi. Antara komen-komen mereka :

” Alolo comel nye Mimi masa kecil.. “

” Cute dari kecik lg rupenye. Happy Bornday Mimi. Stay pretty! Stay Healthy.. “

” Ingat lagi gmbr @misesmimilana masa remaja.. comel sgtt.. apapun.. happy besday mimi.. semoga panjang umur Dan dimurahkan rezeki.. “

” Kak Mimi masa kecil comel masa besar cantik dan cute.. “

” Sama je muka dari kecik, cute .. “

“Happy birtday kak @missmimilana yang cantik lagi comel lgi humble….. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan Happy Belated Birthday kepada Mimi Lana. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Semoga Mimi Lana terus berjaya dan cepat-cepat kahwin ye..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mimi Lana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..