” Kak Lina pakai tudung nampak macam umur 20 la.. “
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambut Menantu Elly Mazlein Dan Azlan. Ramai Puji Elly Manis Bertudung. Wah, Nampak Makin Muda !!
Pada 18 Januari lepas, Elly telah selamat diijab kabulkan dengan seorang guru Geografi bernama Azlan atau lebih dikenali dengan gelaran Papa Awan Nano. Majlis yang begitu gilang-gemilang ini menggunakan khidmat perancang perkahwinan Reka Teemor dan majlis ini bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.
Belum tamat lagi kemeriahan majlis perkahwinan Elly Mazlein dan Azlan yang boleh dikatakan sebagai Wedding Of The Year, hari ini berlangsung Majlis Sambut Menantu yang diadakan di kediaman keluarga Azlan di Kuala Krai, Kelantan.
Terdahulu, Azlan telah merisik Elly pada 19 oktober tahun lalu dan kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 17 November tahun lalu. Sepanjang tempoh perkenalan sehingga ke pertunangan, Elly menyorok wajah bakal suaminya ini.
Menerusi akaun Instagram, Elly berkongsi gambar-gambar sekitar Majlis Sambut Menantu yang dilangsungkan pada hari ini di Kuala Krai, Kelantan. Elly kelihatan begitu manis bertudung dan nampak muda sekali. Walaupun majlis nampak simple namun begitu meriah sekali.
” Kami sentiasa bersama di mana2 .. kakak sayang kamu adik @jimmycouture . Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni .. Tq atas kasih sayang ini .. Terasa diri disayangi Alhamdulillah 28 January 2020.. “
Rata – rata netizen memuji penampilan Elly yang nampak muda dari usia apabila bertudung. Antara komen-komen mereka :
” Simple. Nampak lagi muda kak Lina.. “
” Cantiknya tgk kak Lina P0m P0m bertudung. Nampak muda mcm student skola.. “
” Nape nampak mcm student skola ni kak kep0m.. “
” Nampak mcm awal 20 an la bila kak Lina pakai camni.. “
” Comelnya.. Ayu bertudung.. Mcm anak dara.. Cantik sgt2.. Tahniah. “
” Kak Lina pakai tudung nmpk mcm umur 20 la.. Cantik sgt.. “
Lagi gambar-gambar sekitar majlis :
Wah, masih berseri-seri pasangan pengantin. Sama cantik dan sama padan. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan suami. Selamat Pengantin Baru dan semoga jodoh Elly dan Azlan berkekalan sehingga akhir hay4t.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..