” Kacak sangat tu, sebab tu Ellie tak kenal.. ” – Netizen

Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Video Wajahnya Tidak Bermisai. Reaksi Anaknya, Ellie Buat Ramai Terhibur. Ad0iii, Mesti Ellie Ingat Orang Lain Kan. Kesian Dato’, Kan Dah Kena T1nggal. Tapi Dato’ Nampak Muda Dan Kacak Lah !!

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Dato’ Fazley Yaakob. Memiliki sifat penyayang dengan anak-anak dan isterinya. Dato’ Fazley sering berkongsi aktiviti bersama dengan 4 orang anaknya yang sangat comel dan periang. Lagi-lagi tentang anaknya si comel, Ellie.

Kecomelan Ellie seringkali menjadi perhatian peminat-peminatnya di laman Instagram kerana keletahnya yang sangat menghiburkan. Berbagai-bagai telatah manja dan comel Ellie yang dikongsikan Dato’ Fazley membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu posting tentang Ellie.

Pengikut di Instagram pasti mengetahui Ellie begitu rapat dengan ayahnya Dato’ Fazley. Ellie yang akan mencecah usia 3 tahun pada tahun ini merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Ellie sangat manja, bukan sahaja dengan ayahnya, malah juga manja dengan abang-abangnya.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Dato’ Fazley telah memuatnaik sebuah video. Video tersebut memaparkan anaknya Ellie terkedu dan terus terdiam melihat wajah Dato’ Fazley yang sudah tidak lagi bermisai. Tambah menarik lagi, ketika Ellie men1nggalkan Dato’ Fazley sendirian di luar rumah.

Ini video yang dikongsikan oleh Dato’ Fazley. Jom tonton !!

Perkongsian Dato’ Fazley tersebut mendapat perhatian ramai netizen. Mereka berpendapat Dato’ Fazley nampak lebih muda apabila tiada misai. Antara komen-komen netizen :

” Nampak muda. Lagi-lagi dah kurus ni. Kacak sangat tu ellieĀ  tak cm ke dida.. “

” Hensem dan muda tanpa misai, janggut tu just nice.. “

” Hahaha patot la nampak muda n comell tadi, baru perasaan huhuhu.. “

” Dato Fazley Yaakob nampak muda bila without misai. Tapi mature bila with misai.. “

” Terkejut, malu, awat hensem sangat dida ni.. “

Alahai Ellie ni malu-malu pula ye. Mesti Ellie ingat orang lain la tu, bukan dida kan ? Kesian dida kena tinggal dekat luar. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoaka semoga Dato’ Fazley sekeluarga berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu dan berbahagia di samping keluarga tersayang. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..