” Jodoh.. Muka nak sama, macam kembar.. “

Tasha Shilla Kongsi Throwback Gambar Bersama Suaminya Ketika Kursus Kahwin Namun Wajah Mereka Jadi Tumpuan Netizen. Samanya Muka Dengan Gigi Pun Sama. Kuat Betul Jodohnya Ni !!

Bagi peminat drama bersiri Kamar Kamariah, pastinya mengenali pelakon Tasha Shilla. Tasha atau nama sebenarnya Nastashashila Abdul Razak selamat diijabkabulkan menjadi isteri yang sah buat Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 23 Februari. Hanya mengambil masa selama seminggu, mereka melangkah ke alam rumahtangga. Walaupun perkenalan mereka baru sahaja berusia 2 bulan, namun bagai lelaki kiriman Tuhan, kehadiran Atiq menimbulkan rasa cinta pada Tasha dan disifatkan sebagai cinta sejatinya.

Walaupun Atiq bekerja dan menetap di Singapura, jarak bukanlah alasan. Bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, di dalam belanga bertemu jua. Itulah nilai sebenar cinta bagi pasangan merpati dua sejoli ini. Sesungguhnya Allah mendengar permintaan Tasha untuk dikurniakan jodoh dan seorang yang mampu membimbing dirinya.

Menerusi akaun Instagram, Tasha telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama suaminya Atiq ketika mereka menghadiri kursus kahwin. Wajah Shila yang polos dengan hanya sedikit solekan itu nampak sangat ayu mengenakan hijab. Namun wajah kedua-duanya nampak sangat seiras macam kembar. Kuat betul jodohnya ni !

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji wajah mereka yang tak ubah seperti pasangan kembar ini. Antara komen-komen netizen :

” Tasha shilla sama pulak mukanya ya … Itu petanda jodoh berpanjangan tu.. “

” Muka seiras.. “

” Semoga istiqamah.. You look so calm when wearing hijab.. “

” Jodoh… Muka nak sama.. “

” Tengok senyuman seakan sama… Dah tu gigi pun seakan sama jugak.. Cuma tasha shilla tak ada lesung pipit ja.. “

” Kann. Sekali pandang ke, lama-lama pandang ke memang seiras rupa dia orang. Sama cantik sama padan.. “

” Comel la korang dua muka ade iras, memang sepadan.. “

” Muka sama macam kembar.. ” 

Cantiknya wajah Shila tanpa make up yang tebal seperti ini. Memang nampak muda remaja. Iras betul pulak pasangan suami isteri ni. Ini lah dikatakan jodoh. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Atiq dapat membentuk dan membawa Shila ke syurga Allah. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tasha Shilla by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..