Jika Anda Sukar Mendapat Jodoh, Amalkan Perkara Berikut Ini. InsyaAllah Akan Bertemu Jodoh Yang Baik

Kita selalu mendengar orang berkata jodoh itu sudah ketentuanNYA. Tetapi jika tidak dilakukan usaha untuk mencarinya bagaimana untuk mendapatkannya.  Selepas kita berusaha, kita serahkan segalanya kepada Allah S. W.T kerana sesuatu itu berlaku atas keizinanNYA.

Selepas berusaha, berdoalah kepadaNYA kerana Allah sangat menyukai hambanya yang sellaui berdoa dan dekat kepadanya, kerana DIAlah yang mnegatur segala-galanya. Berserah dan memohon kepadanya agar dimudahkan segala urusan kita.

Bagi kaum Adam yang ingin cepat menemui pasangan mereka boleh mengamalkan ayat di bawah ini

ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHAA WA ATAZAWWAJU BIHA WATAKUNU SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH.

Maksudnya: Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Amalan Doa Agar Cepat dapat jodoh Untuk Wanita

Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban, wayakuuna shoohiban, lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh.

Maksudnya: Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.

Doa meminta jodoh yang diinginkan

Robbi laa tadzarni fardan, wa anta khoirul waaritsin.

Maksudnya : Ya Tuhan, janganlah Engkau biarkan aku hidup sendirian, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

Itulah antara doa memohon supaya dipercepatkan dan dipermudahkan bertemu jodoh untuk kaum adam dan hawa. Selain doa-doa yang disebutkan di atas, anda juga boleh melakukan amalan-amalan di bawah ini.

1. Mendirikan Solat Tahajud

Usahakan untuk selalu mendirikan Solat tahajud pada waktu sepertiga malam, amalan ini akan membuat kita terasa dekat dengan Allah, sehingga memudahkan Doa kita untuk dikabulkan.

2. Mendirikan Solat Hajat

Usahakan juga untuk mendirikan Solat hajat, selepas itu mohonlah kepadaNYA meminta petunjuk dimudahkan segala urusan. Anda juga boleh membaca doa seperti yang di atas.

3. Menjaga Wudhu

Sentiasalah berwudhu untuk membuatkan diri kita sentiasa dalam keadaan bersih dan bersuci. Muka kita juga akan sentiasa jernih dan berseri dipandang mata.

4. Menjaga Sembahayang 5 waktu

Jagalah kewajipan kita dalam menunaikan sembahyang 5 waktu. Dan selepas Solat, berdoa kepadaNYA memohon segala petunjuk dalam mencar dan menemui jodoh yang baik

5. Membaiki hubungan kita sesama manusia

Menjaga hubungan kita dengan orang lain seperti keluarga, jiran, sahabat, saudara mara dan senantiasa menjalinkan silaturrahim adalah kunci agar segala Doa yang kita panjatkan kepadaNYA.

6. Sentiasalah Bertawakal dan Berserah diri kepadaNYA

Setelah segala usaha dan doa kita lakukan, maka kepadaNYA lah kita berserah dan memohon. Kerana DIA yang maha berkuasa menentukan segala-galanya. Sentiasa yakin dengan segala perancanganNYA.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: winnetnews.com