” Jangan pandang rend4h dan mengaitkan PPRT, setingg4n sebagai elemen ‘l0w class’. Menghir1s bukan ? “

Ahmad Fedtri Yahya Ulas Isu Rumah Setinggan Yang Tular Diperkatakan Oleh Seorang Selebriti Buat Netizen Bertepuk Tangan. Mohon Hadam Ye !!

Siapa tidak kenal pengacara Malaysia Hari ini yang kacak bergaya, Ahmad Fedtri Yahya. Dilahirkan pada 2 Ogos 1981 di Pantai Remis Perak, Fedtri juga berbakat di dalam bidang lakonan. Beliau pernah menjadi kameo dalam filem Dunia Baru The Movie.

Selain mengacara program Malaysia Hari Ini, Fedtri juga menjadi hos untuk rancangan lain antaranya Jejak Rasul, Sebalik Malam, Kafe Aktif dan banyak lagi. Memiliki ijazah Sarajana Muda Komunikasi ( Filem dan Penyiaran) , Fedtri juga berbakat besar di dalam bidang penulisan. Banyak lagu-lagu yang ditulis lirik olehnya mendapat pengiktirafan antaranya Samudera dendangan Nora, Enjut dendangan Noraniza Idris dan Kuasa Cinta.

Lirik lagunya untuk hari kemerdekaan bertajuk Anugerah Erti Merdeka juga berjaya dinobatkan sebagai lirik terbaik. Kerana penulisannya yang penuh dengan ayat puitis dan pujangga, akaun sosialnya sering mendapat perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram, Fedtri telah berkongsikan satu kapsyen yang merujuk kepada isu semasa yang viral di kalangan netizen kini iaitu tentang rumah setinggan. Penjelasan dan pandangan Fedtri itu cukup jelas dan diterangkan dengan tutur kata yang penuh berhemah. Terbaik !

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Tak sangka pula ramai yang hubungi saya berkaitan isu ini. Sebenarnya kenyataan ini sangat umum dan terpakai untuk semua situasi. Apabila bercakap soal tempat tinggal orang, pastilah sangat sensitif. Kalau ada rezeki yang banyak, rasanya tak ada yang mahu tinggal di rumah setinggan, PPRT dan sebagainya. Di rumah itulah mereka membina keluarga, berteduh, merimbunkan cinta, mendidik anak dan sebagainya. Jangan pandang rendah dan mengaitkan PPRT, setinggan sebagai elemen ‘low class’, bawahan dan sebagainya. Menghiris bukan? Sebab… kita yang duduk kondo, banglo semua tu belum tentu Allah muliakan. Mana tahu, yang miskin hina itulah barangkali insan-insan yang dipandang serta diangkat Allah di ‘sana’ nanti. Salah kata saya mohon maaf. Sebab kebetulan sedang menggerakkan @projekmadrasah #projekmadrasah berkonsepkan kebajikan. Sesungguhnya hidup ini sebuah madrasah 🌹

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fedtri itu. Antara komen-komen netizen :

” Misk1nnya seseorang itu bukan pada hartanya… Tapi misk1nnya pada adab dan sikapnya… “

” Indeed beb… Setuju 100%.. “

” Setuju.. Pada Saya janganlah mendongak langit dengan apa kita ada.. Ikut resam padi, makin lama makin tunduk.. “

” Deep message.. “

” Betul. Harta dan kekayaan bukan pengukur kemuliaan.. “

” Sangat-sangat setuju.. Kemuliaan manusia bukan terletak di mana mereka tinggal.. “

Penuh makna tersurat dan tersirat di dalam ayat Fedtri ini. Ada bagusnya saling menghormati dan tidak menyebut apa sahaja yang boleh membuat orang terasa hati. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fedtri sentiasa di beri kesihatan dan umur yang panjang dan teruskan memberi inspirasi buat anak-anak muda. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..