” Jangan kacau ambik hak yang dah bercop jari TOK KADI.. “

Noorkhiriah Bagi Nasihat Untuk Kaum Wanita Tentang Perhubungan. Haiii Kak Cara Tulis Tu Macam ‘Warn1ng’ Nampak !!

Noorkhiriah binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Khiriah merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita tanah air.Beliau banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999. Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Kemunculan Noorkhiriah menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad telah berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan bayangan jelas bahawa dar4h anak seni dalam diri aktress ini cukup deras mengalir.

Noorkhiriah telah membawa watak Aishah dalam drama popular Nur dan telah membuat semua penonton yang menonton drama ini semakin menjadi-jadi untuk menonton kesudahan drama itu. Noorkhiriah telah berkahwin Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006. Pasangan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Noorkhiriah telah berkongsi kata-kata di akaun peribadi beliau dan memuatnaik gambar bersama suaminya. Beliau juga turut memberi nasihat kepada umum tentang kehidupan berumah tangga. Namun, netizen terhibur dengan kata-kata yang telah dikongsikan oleh beliau.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Dalam idup suami isteri ni jangan janji pape.. Masa bercinta mmg usaha sehidup semat1.. Tgk pas kawin.. Maka idup suami isteri ni jalan terus & doa yg baik2.. Takde sapa nak 1/2 jalan.. Kan.. Mana yg lom kawin..Usaha jangan kacau @ ambik hak yang dah berCOP jari TOK KADI .. “

Rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata Norkhiriah itu. Antara komen-komen tersebut :

” Sekeh pale klu amik.. hok kite.. Haha .. “

” Itulah lumrah kehidupan. Kena bersiap sedia walau bada1 meland4. Wanita kena persiapkan diri utk terus maju ke hadapan.. “

Betul tu.. Saya setuju kakak.. “

” Mmg betul khiriah biar cinta tu selepas kawin , cinta sebelum kawim susah , kita tak tahu tunangan orang, nak pula dah kawin mengaku bujang. kita pon tert1pu, kesihan pula si isteri jauhi dgn suami orang.. “

” Kita geng… Hahaaaa .. “

” Sy tgk akak kat WHI td.. Hahaha.. “

Betul tu apa yang Noorkhiriah cakap tu. Dalam sebuah perkahwinan ini kita jangan meletakkan seratus peratus harapan kepada pasangan . Tapi kita usaha dan lakukan yang terbaik dalam hubungan kita. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Noorkhiriah sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noorkhiriah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..