Jangan Berg4duh Depan Anak-Anak. Ini Sebabnya.. Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya.

Ustaz Ebit yang terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’ selalu berkongsi cerita mengenai kaum wanita terutama sekali yang bergelar isteri. Cara dan layanan yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit terhadap isterinya yang digelar bidadari membuatkan ramai yang kagum dan terharu.

Menerusi akaun Facebook, Ustaz Ebit berkongsi pengalamannya berjumpa dengan pasangan suami isteri yang sedang berg4duh di sebuah hotel ketika membawa keluarganya bercuti.

Menurut Ustaz Ebit, si suami m4rah sambil menghempaskan barang kerana isterinya tertinggal barang di bilik hotel. Lagi menyedihkan perbuatan itu dilakukan depan 3 orang anak mereka.

Ustaz Ebit mengambil keputusan untuk mendekati keluarga itu. Baca perkongsian Ustaz Ebit di bawah :

Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hemp4s barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur.

Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper… kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..

Eh Ebit Lew kan… yer saya Puan.. Allah sayang sabarlah..

Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh Ebit Lew kan.. yer saya abang..

Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..

Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia.. Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang.

Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan berg4duh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga.

Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya.. itulah akhlak Nabi SAW..

Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..

Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan.. hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan peng0rbanannya..

Isteri mengandung 9 bulan.. rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya.. hargailah ibu. Hargailah isteri..

Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini.

Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis..Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan peng0rbanannya sampai bila-bila.

Begitulah selalunya..

Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit… kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.

Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…

Laaa itu tinggal… ini tinggal… apa awak ingat.

Bagi setengah lelaki siap tu siap.. bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, m4tikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak ber4k munt4h, kunci pintu rumah…

Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan s4kitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri.. pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya.

Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Dimarahnya pula. Ya Allah..

Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang – Ebit Lew

Suami isteri adalah pelengkap hidup berumahtangga. Kepada suami-suami di luar sana, hormati dan sayangilah isteri anda sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri. Seperti mana kata Ustaz Ebit, tunjukkan akhlak dan contoh terbaik untuk isteri dan anak anda.

Ingatlah bahawa isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu, cantiklah kamu. Elok suamimu, eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya, maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.

Terima kasih Ustaz Ebit di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yang di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : Ustaz Ebit by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..