” Jaga-jaga kak Scha. Nanti kene tido atas alas kaki lagi.. “

Perkongsian Gambar Scha Alyahya Berlaga Kaki Dengan Naqiu Boboy Ditegur Peminat Gara-Gara Usikan Suami Awal Ashaari ‘ Tido Atas Lapik Kaki’. Namun Jawapan Scha Sungguh Tak Dijangka. Wah Ini Betul-Betul Mengaum !!!

Siapa tidak kenal pasangan popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Pasangan ini yang sentiasa bahagia dan ceria tanpa ada kontr0versi hangat membuatkan mereka menjadi pasangan contoh. Keserasian dan saling melengkapi di antara mereka cukup jelas kelihatan.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya adalah seorang pelakon, pelawak, pengacara, model dan jurucakap produk. Namanya mula menjadi bualan ramai apabila lakonannya dalam drama bersiri Awan Dania mendapat pujian.

Awal Ashaari pula yang juga merupakan pelakon, pengacara televisyen, model dan jurucakap produk ini dilahirkan pada 6 Ogos 1981. Awal memilih untuk menjadikan Scha pasangan hidupnya dan mereka melangsungkan pernikahan pada 4 Mei 2012.

Menerusi akaun Instagram, Scha Alyahya telah berkongsikan sekeping gambar beliau bersama penyanyi Naqiu. Apa yang mencuit hati apabila aksi Scha berlaga kaki dengan Naqiu diusik peminat, namun jawapan Scha yang lucu seakan membalas usikan suaminya Awal di entri terdahulu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Ting Tong Love coming to you soon.. “

View this post on Instagram

Ting Tong Love coming to you soon ❤️

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Komen di entri terdahulu dari suami Scha, Awal Ashaari yang melucukan :

Salah satu komen yang menarik perhatian Scha namun dijawab dengan berjenaka buatkan peminat terhibur :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Abang @awalashaari kak scha dah bagi greenlight ni.. “

” Kak scha nak ke dia tambah cawangan… “

” Wahhhhh, mesti best ni. Tasaba nak tengokkk!.. “

” Yeeyyy 1feb kan. Tak sabar dah ni @schaalyahya @thisisnaqiu . Tak sabar nak tengok ketintongan korang.. “

” Wahh, tazabar, gandingan baru nie.. “

” Confirm letops nih.. “

Lucu betul pasangan Scha dan Awal ni. Memang dari awal hubungan mereka peminat sudah memahami cara gurauan dan jenaka mereka suami isteri yang tak pernah tak sweet ni. Antara pasangan romantis jugak mereka ini. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Scha Alyahya by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..