” Isteri cantik, anak-anak semua comel.. ” – Netizen

Penyanyi Tam Spider Kongsi Gambar Keluarga. Namun Wajah Isteri dan Anak-Anak Tam Cur1 Tumpuan Ramai Peminat. Wah Dah Besar Anak-Anak Tam !!

Masih ingat lagi akan penyanyi Tam Spider atau nama penuhnya Rustam bin Mustafa ? Dia merupakan vokalis dan pemain gitar kumpulan Spider. Untuk pengetahuan, bakat kumpulan ini diasah oleh komposer terkenal iaitu  Dato’ M. Nasir di bawah syarikat rakaman Lunci Emas Sdn Bhd.

Selain Tam, kumpulan tersebut turut disertai tiga lagi rakan iaitu Nafie, Tony dan Aie.  Namun ramai yang menyangka kumpulan Spider ini kini sudah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian. Tetapi mereka sebenarnya masih utuh bersama. Kini Tam juga merupakan penulis lagu dan komposer.

Untuk rekod, Tam telah mendirikan rumah tangga bersama Aida Mustafa pada November 2009. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Menerusi perkahwinan pertama terdahulu, Tam turut mempunyai seorang anak lelaki.

Menerusi hasil tinjauan di akaun Instagram Tam telah berkongsi satu gambar dia bersama isteri serta anak-anaknya. Gambar tersebut adalah semasa hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Tam juga turut berkongsi ucapan selamat hari raya kepada semua peminat-peminatnya yang mengikuti perkembangannya di Instagram.

Iktui perkongsian gambar tersebut di bawah :

Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :”

” Selamat hari raya bro, lambat post… Betoi2 ikut sop pkpb ni… Tapi gambar memang cantik.. “

” MasyaAllah, cantik2 semua. Dah besar anak-anak abg Tam.. “

“Isteri cantik, anak-anak semua comel, besar-besar dah semuanya.. “

” Comel anak-anak Tam, selamat hari raya bro ! “

” Alhamdulillah.. Amboi wak, lambat tayang b1ni syantik minnal aidzin wal fa idzin.. “

” Suka gambar ni , nampak bahagia, selamat hari raya Tam Spider sekeluarga.. “

Memang cantik isteri Tam, anak-anak pun semuanya comel, patut ramai yang puji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Tam sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia bersama isteri dan anak-anak hingga ke jannah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tam Spider

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..