” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap kalau… “

Perkongsian PU Azman Buat Ramai Yang Buka Mata. Tapi Ayat Yang Last Tu Buat Ramai Yang Tergelak, Serius Kelakar !!

Nama pakar motivasi yang juga Juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau sangat aktif di media sosial bagi menyampaikan dakwah dengan caranya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan semua, PU Azman merupakan graduan dalam jurusan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan ini lebih suka menyampaikan dakwah secara santai bersahaja.

Seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini membuatkan PU Azman mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah menerusi media sosial seperti Instagram. Apa yang penting, mesej yang tersurat dan tersirat sampai kepada yang mendengarnya.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi mengenai dalam harta suami ada hak isteri. Isteri dibenarkan untuk mengambil harta suami dalam beberapa situasi yang diterangkannya dalam video di bawah.

Baca perkongsian PU Azman dan tonton video di bawah :

Satu kisah sohih pada zaman Nabi, seorang perempuan yang bersuamikan lelaki kedekut. Lalu dia menceritakan kepada Rasulullah,

إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ ، لاَ يُعْطِينِي مِنَ النَّفَقَةِ مَا يَكْفِينِي وَيَكْفِي بَنِيَّ إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْ مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِي ذَلِكَ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ

Maksudnya : ” Sesungguhnya Abu Sufyan ini lelaki kedekut. Dia tak bagi nafkah yang cukup untuk aku dan anakku. Kalau cukup pun sebab aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatan aku salah ?

Sabda Rasulullah : Ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untukmu dan anakmu”. (Hadis Sohih Bukhari dan Muslim)

Subtitle video di atas :

Assalamualaikum. Harta suami milik suami, harta isteri milik isteri. Isteri tak berhak ambil harta suami dan suami tak berhak ambil harta isteri sesuka hati

Tapi dalam harta suami ada hak isteri iaitu dalam urusan nafkah. Tapi kalau suami sudah memberikan nafkah dengan sempurna maka isteri tidak berhak ambil harta suami kecuali setelah izin suami.

Tapi kalau suami kedekut gila babeng maka isteri berhak mengambil sebahagian harta suami sekadar nafkah tanpa pengetahuan suami.

Tapi kalau seorang suami yang kedekut g1la babeng, seorang isteri tetap tidak berhak untuk mengambil harta suami kalau lelaki itu suami jiran sebelah. (bukan suami dia).

View this post on Instagram

Satu kisah sohih pada zaman Nabi, seorang perempuan yang bersuamikan lelaki kedekut. Lalu dia menceritakan kepada Rasulullah, إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ ، لاَ يُعْطِينِي مِنَ النَّفَقَةِ مَا يَكْفِينِي وَيَكْفِي بَنِيَّ إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْ مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِي ذَلِكَ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Sufyan ini lelaki kedekut. Dia tak bagi nafkah yang cukup untuk aku dan anakku. Kalau cukup pun sebab aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatan aku salah? Sabda Rasulullah: Ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untukmu dan anakmu". (Hadis Sohih Bukhari dan Muslim) Subtitle video di atas : Assalamualaikum. Harta suami milik suami Harta isteri milik isteri Isteri tak berhak ambil harta suami Dan suami tak berhak ambil harta isteri sesuka hati Tapi dalam harta suami ada hak isteri iaitu dalam urusan nafkah. Tapi kalau suami sudah memberikan nafkah dengan sempurna maka isteri tidak berhak ambil harta suami kecuali setelah izin suami. Tapi kalau suami kedekut gila babeng maka isteri berhak mengambil sebahagian harta suami sekadar nafkah tanpa pengetahuan suami. Tapi kalau seorang suami yang kedekut gila babeng, seorang isteri tetap tidak berhak untuk mengambil harta suami kalau lelaki itu suami jiran sebelah. (bukan suami dia) Tolong follow @ameershah48 . Dia nak cari isteri tu. Thanks sebab selalu edit video Cik Man.

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Rata-rata ramai yang kagum dengan cara PU Azman menyampaikan hujahnya itu dengan memanfaatkannya seminit penuh. Dah macam tengah rap je Cik Man. Antara komen-komen netizen :

” Fuhhh sekali nafas. Boleh jd rapper ustaz.. “

” Tudiaaaa aehhh, seminit yg penuh manfaat. saya janji takkan minta balik seminit yg digunakan tadi untuk tengok video ni.. “

” Duit raya banyak ye tahun nih.. “

” Kedekut g1le babeng.. HAHAHAHHAHAHA.. “

” Stad Chik Man… Speed.. Selaju kipas di atas.. Padu chapter ni…. Thanks.. Saya faham… “

” Dengar tu kalau dh bgi jgn diambil lgi biasa dye tu hahahaha.. “

” Part suami jiran sebelah tu aku tergelak kuat.. “

Ayat yang last tu memang buat orang ketawa berdekah-dekah. Ada saja idea Cik Man nak bagi orang gelak kan. Serius kelakar.

Apa-apa pun terima kasih kepada PU Azman atas perkongsian ini. Semoga suami isteri di luar sana dapat manfaat melalui apa yang disampaikan.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman sentiasa diberi kesihatan yang baik agar urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan oleh Allah. Amin…

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..