Isteri Bila Nak Keluar Rumah Bukan Main Lagi Cantik Dan Pasang Badan

Tetapi Bila Di Rumah Depan SUAMI Macam H4ntu Kak Limah

Seorang wanita yang mencantikkan diri buat suaminya sangat besar ganjaran pahala yang didapatnya. Seorang suami yang melihat isterinya sentiasa dalam keadaan cantik pasti akan merasa bangga dan bahagia hatinya.

Lebih-lebih lagi apabila pulang dari seharian kerja yang memenatkan. Sampai di rumah disambut oleh isteri yang berdandan dan senyuman yang manis, pasti akan membuatkan hatinya bahagia selepas seharian mencari rezeki.

Kadang-kadang apa yang banyak berlaku adalah isteri hanya cantik apabila ingin keluar dari rumah sahaja. Tetapi di rumah, tidak memperhatikan diri mereka dengan alasan di rumah hanya suami sahaja yang melihat tetapi di luar rumah ramai mata yang memerhatikan.

Jadi, apabila di rumah dibiarkan sahaja badan berpeluh dan tidak terurus. Kadang-kadang ada yang lebih ter0k lagi, membiarkan badan berbau dan mandi pun jarang-jarang sekali.

Tetapi, sewaktu hendak keluar ke rumah samaada pergi ke majlis atau ke pasar membeli barang sekalipun, sanggup mengambil masa lama untuk berhias dan bersolek. Segala-galanya diambil kira dari hujung rambut ke hujung kaki. Pakaian pula hendaklah cantik dan menawan di mata orang.

Tidak salah untuk cantik dan menawan apabila keluar rumah tetapi apabila berada di rumah senantiasalah kalau boleh hendak kelihatan cantik di mata suami kerana dialah orang yang mencari rezeki untuk isteri, orang yang senantiasa susah pay4h bersama isteri, orang yang berhak segalanya ke atas isteri.

Jadi, senantiasalah menghias diri dan kelihatan cantik dihadapannya. Sekurang-kurangnya mengurus diri supaya senantiasa dalam keadaan terurus supaya suami yang melihat senantiasa bahagia dan tenteram hatinya.

Bayangkan suami yang penat pulang dari bekerja, melihat pula isterinya yang hanya berkemb4n, rambut berser4bai macam h4ntu Kak Lim4h tidak terurus, memakai baju lebih kurang di tambah dengan badan yang berbau. Pasti membuatkan hati suami yang kepenatan akan bertambah resah dan tidak tenteram.

Si suamilah yang paling berhak mendapatkan segalanya dari isteri. Bukan orang lain, rakan sepejabat atau rakan-rakan sebelajar. Orang lain tidak memberikan mas kahwin apatah lagi menanggung dan mencari rezeki untuk dirimu. Tetapi isteri lebih suka berhias diri dan melawa di hadapan orang lain berbanding suami.

Dalam satu hadits, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya “Siapakah wanita yang paling baik ?” Jawab baginda, “Adalah yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci”. (HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2: 251)

Jadi, jadilah isteri yang senantiasa cantik di mata suami dan bersikap baik kepada suami. Taatilah kepada suami, bahagiakanlah hatinya dengan senatiasa menjaga diri agar tidak membuatkan dirinya tidak bahagia. Percayalah, sebagai isteri segala kecantikan isteri adalah hak suami anda.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media