” InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.. ” – Uyaina Arshad
Uyaina Arshad Kongsi Berita Gembira Sedang Hamil Anak Pertama. Wah Alhamdulillah, Tahniah Uyaina Dan Raja Syahiran. Comel Je Gambar Bakal Daddy Dan Mummy Ni. Mesti Ramai Yang Tak Sabar Nak Tunggu URS Junior !!
Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara, Saidatul Naseha Uyaina Arshad baru mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, Raja Syahiran Raja Azhanrian Shah pada 21 Disember 2021.
Baru sahaja tiga bulan berkahwin, pasangan ini bakal menimang cahaya mata pula tidak lama lagi. Meninjau ke akaun Instagram Uyaina, berita gembira ini telah dikongsikan dan membuatkan ramai peminat pasangan ini begitu teruja.
Uyaina turut berkongsi dua keping gambar bersama suaminya ketika berada di Istanbul, Turkey pada p0sting tersebut dan Uyaina menunjukkan baby bump nya yang masih lagi di awal kehamilan. Alahai, comel jer pasangan ini.
Uyaina dan suami juga tidak menjangkakan akan dikurniakan rezeki cahaya mata seawal ini. Namun mereka sangat bersyukur dan Ramadhan kali ini sangat bermakna buat Uyaina kerana melaluinya dalam keadaan berbadan dua.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis. Antara komen-komen yang diberikan :
” MasyaAllah Congratss Yana next time ketemu kita sudah bawa baby semua.. Alhamdulillah congrats, we’re happy for both of you.. “
” Alhamdulilah tahniah sis uyainaarshad jaga diri jaga kesihatan Selamat berpuasa mom2b.. tahniah, p0wer syahiran.. “
” Mashaallah yanaaa so so happy for both of you congratulations semoga sihat selalu yana amin Salam Ramadhan.. “
” Alhamdulillah ya Allah salsa bahagia dan terharu banget , Congratulation sweet Couple, semoga dipermudahkan segala urusan Aamiin YRA, Can’t wait to see URS Junior.. “
” Alhamdulillah congrats uyaina dan syahiran, yeayyy happynya, semoga dipermudahkan semuanya tak sabar nk tgk baby uyaina salam Ramadhan.. “
” Arghhh alhamdulilah congrats Yana. Kaklina so happy for u.. Aaaaa tahniah yana and syahiran, semoga mummy and baby sihat.. “
” Yay alhamdulilah uyaina Yay Cannot wait for the baby Take care uyaina.. yeaahh akhirnya pengumuman yang ditunggu alhamdulillah.. congrats kesayangan.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Uyaina dan suami kerana bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi. Semoga Uyaina sentiasa dalam keadaan sihat sepanjang tempoh mengandung sehingga melahirkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..