” Inilah saat malam pertama Abil, Bert dan Keisha datang.. “

Ibu Tiri Kongsi Video Saat Pertama Kali Nabila Huda Berpelukan Dengan Amy Search Setelah Beberapa Tahun Tidak Bertemu, Buat Ramai Yang Sebak & Mengalir Air Mata !!

Ramai yang sedia maklum pelakon serba boleh Nabila Huda kini sudah berbaik dengan ayahnya, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Amy Search serta ibu tirinya Norhasniza Hassan atau Nourish.

Setelah beberapa tahun tidak berjumpa, akhirnya dengan bantuan Erma Fatima, kedua-dua ayah dan anak ini berjumpa kembali di kediaman Amy sendiri baru-baru ini.

Sebelum ini Nabila beberapa kali memuat naik status betapa dia merindui bapanya kerana sudah bertahun tidak bertemu atas masalah peribadi.

Luahan Nabila mendapat perhatian ramai dan membuatkan ramai yang tersentuh dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya, malah ada yang menangis membaca perkongsiannya itu.

Akhirnya pertemuan yang diatur oleh Erma Fatima yang pada ketika itu sedang beraya di rumah penyanyi rock popular itu, Amy Search meleraikan sengket4 yang berlaku antara mereka.

Baru-baru ini sempena hari lahir ibu tirinya, Nabila telah berpakat dengan ayahnya untuk membuat kejutan sempena hari lahir Nourish.

Menerusi akaun Instagram, Nourish meluahkan rasa bersyukur dengan hadiah hari lahir yang paling indah buatnya itu. Nourish juga turut memohon maaf kepada Nabila atas apa yang berlaku sebelum ini. Baca perkongsian Nourish di bawah :

” Hadiah yg paling indah utk hari lahir sy terima kasih Allah swt. Doa yg terjawab, aku redha dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami.. “

” Alhamdullilah . Thank You so much utk mereka yg tidak putus2 mendoakan kami sekeluarga.. Terima Kasih kakakku “ my Superwomen “ @ermafatima tidak terbalas jasa kakak . We love u as always.. ”

” Abil @kupu_kupu kami mohon maaf selama ini kami kurang beri perhatian dan mendengar masalah u. Alhamdullilah semoga segala sengket4 ni dpt mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Aminnn. We love u too.. ”

” Terima Kasih Bert kerana menjd menantu yg baek dan byk bersabar.. “

” @aku.amysearch After 16years finally utk hadiah yg terindah. Terima Kasih utk kejutan hari lahir ini sgt bermakna buat i, semoga ini akan mematangkan kita semua utk hari yg lebih baek.. “

” Last but not least ahli Keluarga dan sahabat2 dan rakan2 ig sy yg selalu mendoakan dan nasihat buat kami. Terima Kasih.. “

Menurut Nourish, setelah video dan gambarnya berpelukan dengan Nabila baru-baru ini menjadi viral, Amy bertanya mana videonya bersama Nabila.

Menerusi akaun Instagram, Nourish berkongsi video saat Amy dan Nabila berpelukan semasa pertama kali berjumpa setelah sekian lama tidak bertemu. Walaupun video ini pendek, tapi sangat menyentuh perasaan.

Ini lah saat mlm pertama Abil, Bert & Keisha dtg beraya. Since my video n picture go viral i n abil berpelukan, takut jgk ada yg cemburu.. “

” Dia pun tanya mana video dia dgn abil so i panggil pakar edit, video asal mmg pendek gelap tk clear. @aku.amysearch @kupu_kupu nahhhh korang 2 beranak. Jom bali plsss.. ”

” @ermafatima @nurhidayahkarim ok tk mu ?.. “

Apa yang menariknya, Nabila, Nourish dan Erma Fatima turut mengusik dan bergurau dengan individu yang mengambil video itu di ruangan komen :

Mungkin yang mengambil video ini sangat tersentuh dengan pertemuan kembali seorang anak dan bapanya sehingga terlupa untuk merekod video itu daripada awal dan hanya dapat merekod sedikit sahaja. Tak apalah, pengalaman itu lagi mahal.

Rata-rata netizen sebak menyaksikan video Nabila bersatu kembali dengan ayahnya. Antara komen-komen netizen dan rakan artis :

” Video pendek mcm tu pun dah bole buat hati tersentuh.. “

” Alhamdulillah Allah pelihara hubungan kasih sayang keluarga ini.. “

” Alhamdulilah.. semoga Allah akan lindungi your family.. “‘

” Tersentuh hati dgn lagu mmg terbaik. smoga kebahagian sentiasa bersama @qasander @kupu_kupu sekeluarga.. “

” Alhamdulillah.. meleleh airmata rock wa @aku.amysearch @qasander @kupu_kupu.. “

” Why aku yg nangis. semoga ikatan keluarga ni kekal hingga ke jannah.. Aamiin.. “

” So touched n lovely. wonderful moments ever.. lots of love for this family.. “‘

” Alhamdulillah… biasala merajuk tu.. moga berkekalan kebahagiaan abil Dan sekeluarga hingga ke jannah ye. ibu tiri macam ibu kandung jugak.. sy pun pernah jadi ibu tiri sampai anak kandung pun jeles tapi kasih syg tu sama rata sebenarnya.. luv ur family.. “

Bak kata pepatah, air yang dicinc4ng tidak akan put0s. Saling bermaaf-maafan, satu amalan yang mulia dan dituntut oleh agama.

Semoga ukhuwah kekeluargaan ini berkekalan selamanya sampai ke Jannah. Jadikan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang paling bermakna. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Qasander, Nabila Huda, Amy Search by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..