Inilah Dua Kampung Yang Paling Unik Tetapi Penuh Misteri Di Negara China. Salah Satunya Tidak kelihatan!

Di dunia ini kita selalu menemui dan melihat sesuatu yang kadang-kadang tidak pernah kita sangka. Kita tidak menyangka di dalam dunia ini ada tersimpan sesuatu yang peuh misteri dan unik sekali.

Di negara China, ada dua buah kampung yang dianggap paling misteri dan unik. Mari kita baca dan lihat pemandangan di kampung tersebut di bawah ini.

1. Kampung yang berada di tebing gunung.

Kampung yang bernama Guoliang ini berada jauh dipergunungan Taihang. Kampung Guoliang didirikan di atas tebing sebuah gunubg yang berada setinggi 200 meter dan berda berhampiran dengan bandar Huixian, Hainan.

Di dalam kampung ini terdapat 83 keluarga dengan jumlah 329 orang yang menjadi penduduknya. Kebanyakan dari mereka adalah dari suku Shen.

Selama 600 tahun, sebelum terowong jalan dibina, mereka hidup dengan bergantung kepada 720 anak tangga yang dibuat di tebing gunung tersebut.

Salah satu yang menarik di kampung ini adalah ada sebuah terowong  yang dijadikan jalan untuk melintasi kawasan pergunungan Taihang. Jalan ini adalah satu-satunya cara untuk masuk ke perkampungan ini.

Menurut ketua kampung Guoliang yang bernama Shen Mingxin, semasa pembinaan terowong ini, penduduk kampung ini menjual kambing peliharaan dan rempah-ratus untuk membeli alat-alatan untuk membinanya.  Seramai 13 orang telah membina terowong tersebut yang sejauh 1250 meter dan selebar lima meter. Ianya siap dan dibuka patahun 1972.

Kampung yang berada di ketinggian 1700 meter dari paras laut ini mempunyai pemandangan yang sangat menarik. Kerana itulah ianya menjadi antara tempat pelancongan yang terkenal dan dilawati oleh ramai pengunjung walaupun ianya berbah4ya.

2. Kampung Yang Berada Di Bawah Tanah

Kampung yang bernama Shaanxi ini berada di dataran tinggi Loess yang juga berada di Hainan, China. Ramai yang tidak menyangka di dataran ini, ada penempatan penduduk yang berada di bawah tanah.

Sebelum menemui rumah, kita akan melihat ada beberapa lorong yang dibina di dalam tanah. Dari lorong itulah, kita akan menuju kepada rumah penduduk yang telah dibina di bawah tanah dan tidak kelihatan.

Setiap satu lorong akan menuju kepada sebuah rumah ataupun beberapa buah rumah yang dibina bersambungan. Penduduk di kampung ini semuanya membuat rumah di dalam tanah yang digali dan hanya dibhubungkan melalui lorong-lorong. Tentunya ianya menjadi satu pengalaman baru bagi sesiapa yang sampai ke tempat ini.

Bayangkan rumah-rumah tersebut dibina sedalam 10 meter jauh di dalam tanah dan hanya dihubungkan dengan lorong-lorong. Jika kita berada di atas, kita tidak akan mendengar suara-suara orang di bawahnya kerana rumah-rumah penduduk dibina dengan bentuk kedap bunyi.

Kita akan dapat melihat lubang-lubang petak apabila dilihat dari atas. Lubang-lubang tersebut dibina untuk menambahkan keselesaan penduduk dan dandapat cahaya dan udara yang cukup. Keadaan cuaca di perkampungan ini juga sangat nyaman dan sejuk.

Pada musim sejuk, suhunya boleh mencecah 10 darjah celcius dan pada musim panas suhunya adalah sekitar 20 darjah celcius.

Oleh kerana keadaannya yang berbeza dari kampung-kampung lain dan unik, Kampung ini dikenali sebagai kampung paling misteri di negara China.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: foyuan