Ini Respon Nora Danish & Nedim Bila Mengetahui Tarikh Nikah Fasha Sandha Sama Dengan Tarikh Ulangtahun Perkahwinan Mereka

Menerusi akaun Instagram, pelakon cantik Nora Danish berkongsi ucapan kepada suaminya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua. Nora Danish atau lebih mesra dengan panggilan Nora berkahwin dengan Nedim Nazri Aziz pada 30 Mac 2017.

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel bernama Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya Neyney. Baca perkongsian Nora di bawah :

” 30th March 2019 : NENO 2nd Anniversary. Almost 6 years we’ve been together & I’m still soooo In love with him, & still adoring him every single day. Never get enough of him. Lagi muka dia Mcm Ney Ney lagi laaaaaaaa, heheh.. “

” Sayang , semoga kita kekal hingga Jannah my love @boss_ned , don’t worry u’ll be seeing my face too in heaven, I’ll make sure of that!! Haha. Thank u for ur endless love , care & support through all these years mi amor.. “

” I couldn’t ask for a better husband. I Love You Nedim ku & Happy Anniversary!!! We’ve made it to 2nd year !!! High 5 ! Heheh! Alhamdullilah syukur  #nenostory #neno2ndanniversary.. “

Apa yang menariknya, Nora dan Nedim berkongsi tarikh perkahwinan yang sama (30 Mac) dengan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bernikah pada hari ini 30 Mac 2019.

Menerusi ruangan komen, seorang netizen memaklumkan kepada Nora berkenaan persamaan ini. Nora yang baru mengetahuinya terkejut dan ini responnya :

Ini pula respon Nedim :

Nampaknya memang kebetulan sama. Mungkin sebab ini Fasha merahsiakan tarikh nikahnya dari awal lagi untuk mengelak orang berkata sesuatu mengenainya. Apa-apa pun jodoh itu rahsia Allah, sama ada tarikh dan dengan siapa kita berkahwin.

Bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli  atau lebih dikenali dengan Jejai juga turut memberi ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Nora dan Nedim di Instagram. Nampaknya tahun depan, Jejai kena wish untuk 2 pasangan pula lah kan ?

Ramai sedia maklum pelakon cantik Nora Danish pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli  atau lebih dikenali dengan Jejai pada bulan Jun tahun 2006. Hasil perkahwinan ini, mereka dianugerahkan seorang anak yang diberi nama Putra Rayqal Ramli atau lebih mesra dipanggil Rayqal.

Namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan dan mereka akhirnya berpisah pada pada bulan Julai 2008. Walaupun sudah tidak bersama, namun hubungan mereka tetap baik dan saling berhubung demi anak kesayangan mereka.

Rata-rata peminat mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Nora dan Nedim, antara komen-komen peminat :

” Eh kira sama tarikh sambut anniversary ngan fasha sanda kan.. “

” Janji mereka happy kita pon happy. Dua2 saya minat.. “

” Happy Annniversary Ned n Nora sayang. May Allah bless you both with the greatest of everlasting love n happiness till Jannah. May your love commitment trust n respect for each other grow stronger everyday . Love you both so much sayangs.. “

” Kebetulan apakah fasha & aidil memilih tarikh kahwin yg sama. Hehe happy anniversary NeNo ! “

” Sama date nikah fasha. So lepas ni anniversary sama laa.. “

” Happy anniversary moga diberi kebaikan dn berkekalan hingga ke jannah ny.. “

” Happy anniversary to ND dan Ned..semoga terus berbahagia dan berkekalan sehingga ke-Jannah.. amin.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua buat Nora dan Nedim, dan selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz. Semoga berbahagia sampai ke syurga dengan pasangan masing-masing. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish, Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..