” Ini kerja g1la, pertama kali dalam hidup, maaf kalau aku menj4hanamkan show korang.. “

Penampilan Istimewa Azhan Rani Di Pentas Final BBB2019, Bawa Tuah Buat Shuk !!! 

Azhan bin Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Azhan Rani merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Penglibatan pertama Azhan dalam bidang seni ialah menerusi drama radio bermula pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan.

Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio.

Dengan kepopularitian Azhan Rani, Shuk tidak mesnsia-siakan peluang yang ada untuk menjemput pelakon tersebut menyertai persembahan bersamanya pada final BBB malam tadi. Kekuatan gandingan Azhan Rani dan Jihan Musa dalam persembahan Shuk telah menjadikan Shuk Juara BBB 2019.

Umum mengetahui, malam tadi telah berlangsungnya Final rancangan BIntang Bersama Bintang ( BBB ) di saluran TV3. Untuk musim terbaru tahun 2019 ini , lima peserta artis komedi yang menyertai BBB adalah Achey, Shuk, Sharif Zero, Mamak Puteh dan juga Chiwan.

Dan kelima-lima peserta ini telah berent4p di final malam tadi.

Terbaru, Azhan Rani telah memuat naik sebuah kapsyen beserta sekeping foto di laman Instagram miliknya. Menerusi kapsyen tersebut, Azhan Rani menyatakan apa yang dilakukan di Final BBB 2019 adalah kerja g1la dan ianya pertama kali dalam hidupnya.

Azhan Rani turut berterima kasih kepada Shuk kerana tidak berputus asa menjemputnya dan juga Jihan Muse yang banyak memberi semangat pada dirinya. Selain itu, Azhan Rani juga memohon maaf sekiranya beliau ‘menjahan4mkan’ persembahan BBB 2019 malam tadi.

Ini foto dan kapsyen yang telah dimuat naik oleh Azhan Rani di Instagramnya.

” Ni kerja g1la .. pertama kali dalam hidup.. sorry tak dapat tunggu lama.. ”

” Tq shuk hotfm yang tak putus asa jemput. jihan muse juga yang bagi semangat.. ”

” Sorry la kalau aku menjahan4mkan show korang.. bintang mencari bintang tv3malaysia. “

Rata-rata peminat dan pengikut Azhan Rani mengucapkan tahniah dan merasa terhibur dengan persembahan Azhan Rani di pentas Bintang Bersama Bintang. Ini komen-komen mereka :

” Sebab ustaz Hamadi lah, Ustaz Adam kita menang.. “

” Congratulations.. ustaz hamadi, RM10k jangan lupa minta.. “

” Tambah terhibur ustaz madi ada atas pentass.. “

” Penangan ustaz madi… syuk juara.. tahniahh.. “

” Tahniah.. Wpun sekejap tapi besar sumbangan.. “

” Selute GOOD BELAKON BAGUS… PELAWAK BAGUS .!! “

Foto-foto lain penampilan khas Azhan Rani di pentas Final BBB 2019

Di bawah ini adalah video penuh persembahan Shuk berganding dengan Jihan Musa serta penampilan istimewa ‘Ustaz Syed Hamadi’ ( Azhan Rani ).

Tahniah dan Syabas kepada ketiga-tiga gandingan hebat ini. Kami di Berita Kopak mendoakan Azhan Rani, Shuk, dan Jihan Muse terus berjaya di dalam bidang yang diceburi ini dan teruskan bersemangat untuk memberi hiburan kepada peminat tanah air. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..