” Ini kalau dapat adik baby seronok sangat dia ni.. “

Video Anak Diana Daniella, Aurora Kalut Menyusukan Patung Baby Buat Peminat Terhibur. Pandai Sangat Boleh Jadi Big Sister !!

Wajah kacukan Inggeris Melayu ini sememangnya sedap dipandang mata. Pelakon Diana Daniella dilahirkan pada 22 November 1991 di Houston, Amerika Syarikat. Selepas kedua ibu bapanya bercer4i, mereka kembali ke Malaysia dan menetap di Georgetown, Pulau Pinang.

Bakat Diana mula dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika pertemuan mereka yang mana Diana pada waktu itu baru sahaja berusia 9 tahun. Idola adalah filem pertama lakonan Diana. Nama Diana mula dikenali ramai menerusi lakonannya di dalam drama bersiri Air Mata Maria.

Diana memilih mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi aktor Farid Kamil pada 3 November 2012 dan sehingga kini mereka dikurniakan dua orang cahayamata bernama Muhammad dan Nur Aurora. Diana sering berkongsi video dan gambar-gambar anaknya di laman Instagram miliknya.

Menerusi akaun Instagram, Diana Daniella memuatnaik satu video dimana anaknya Aurora sedang asyik bermain bersama anak patungnya yang berbentuk bayi. Melucukan apabila Aurora dilihat menyusukan patung bayi berkenaan dengan botol susu mainan. Terpusing-pusing kepala Aurora seakan-akan patung itu benar-banar bayinya.

Jom tengok video perkongsian Diana di bawah :

” Anak perempuan memang akan cari baby jugak kan ? Sifat nak nurture tu tinggi. Bila tak bawa botol baby dia, dia boleh m4rah kita macam dia memang mak mak yang kalut anak takde susu aiyoh @nur.aurora.7.. “

Rata-rata peminat nyata terhibur dengan gelagat spontan dan lucu dari Aurora ini. Antara komen-komen peminat :

” Eii so cute.. “

” Alaaa comellnyaaa Aurora.. “

” Sebijikkk mukaa Aurora ni.. “

” Hint nak adik tu.. “

” Ini kalau dapat adik baby seronok sangat dia ni.. “

” Dia nak baby tu nak adik lagi.. “

” Sebiji muka mummy dye @dianadanielleb.. “

Comel betul gelagat Aurora ni. Bak kata ibunya dah kalut macam mak-mak bila tak ada susu. Sudah terlihat sifat pengasih dan penyayang Aurora tu walaupun hanya pada patung mainan. Bayangkan kalau dapat adik baby betul memang mel0mpat gembira rasanya Aurora.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga kecik Diana ini akan sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Diana Daniella by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..