” Ini bukan malam. Ini subuh.. “

Video Pak Azad Sedang Bercel0teh Sebelum Masuk Kerja. Amboii Bersemangat Pak Azad Kita Bercerita !! 

Siapa tidak kenal dengan keluarga Pak Azad atau Azad Jasmin bersama Eira Syazira yang sentiasa kecoh dengan gelak ketawa. Mana tidaknya, ada sahaja lawak Pak Azad yang dikongsi menerusi instagram sehingga buatkan netizen turut sama gelak. Pak Azad kalau buat video memang tak pernah tak kelakar.

Memang tak kering gusi kalau menonton gelagat Pak Azad yang kuat menyakat dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak da juga ahli keluarga yang lain.  Lakonan Pak Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) dalam filem ser4m komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini telah menjadi kejayaan komersial. Hasil Dari perkongsian hidup bersama Eira Syazira, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di instagram, Pak Azad telah merakamkan satu video beliau pada pagi tadi sebelum beliau masuk ke konti Radio Sinar. Hari ini adalah hari pertama beliau bersiaran bersama Angah dan Elizad di Sembang Pagi Sinar. Video itu turut menghiburkan netizen lebih-lebih lagi gelagat percakapan beliau dalam bahasa utara.

Ikuti perkongsian video Pak Azad di bawah :

” Macam kenangan kerja kilang dulu.. bangun sebelum subuh tunggu bas kilang heheh tapi lani masuk @sinar_my bersama @angah_lawaking and @elizadsharifuddin kita sembang menyembang jam 6 pagi sampai 9 pagi.. “

Rata-rata peminat turut terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Pak Azad itu mereka begitu gembira apabila Pak Azad berada di Sembang Pagi Sinar. Antara komen-komen tersebut :

” Terox nawww ngantoxxx nye.. “

” Just nak bagitahu sbnrya grp sinar yg 3 trbaru ni lebh lawak.. “

” Terbaek lah Pak Azad. Semoga sukses selalu.. “

” Mmg kenangan mangkit awai pi gheja kilang… “

” Best tau gantiiii… harap lps ni jd tetap la.. “

” Bersemangat dgr awk pagi.. “

” Tlg jd dj sinar.. Pg td otw gi keje mmg bkk sinar je… “

” Pergh mantap boss.. “

Hehe.. Semangat betul Pak Azad bagun pagi untuk pergi kerja. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga, Pak Azad sentiasa di murahkan rezeki sentiasa, berbahagia bersama isteri tercinta serta anak-anak, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..