” Ingatkan Dato’ Siti tadi, rupa-rupanya kak Bella.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Setelah Make Up, Wajah Bella Astillah Dikatakan Seiras Dato’ Siti Nurhaliza. Woww.. Betul Lah, Sebijik Sama. Cara Posing Pun Sama !! 

Penyanyi Bella Astillah dilihat semakin berseri-seri wajahnya, lebih-lebih kini aura ibu mengandung yang dibawa oleh Bella sekarang buat Bella makin cantik. Malah kehidupan Bella makin bahagia setelah dia dan suaminya, Aliff Aziz sudah kembali bersatu. Alhamdulillah, tumpang seronok melihat pasangan ini.

Hasil tinjauan di Instagram milik Bella telah berkongsi wajahnya sesudah bersolek. Jika dipandang gambar tersebut sudah pasti ramai yang menyangka gambar tersebut ialah merupakan wajah penyanyi tersohor iaitu Dato’ Siti Nurhaliza. Memang seiras dan cara posing Bella juga seperti Dato’ Siti.

Cantik betul Bella dalam gambar tersebut. Bukan sahaja cantik, malah Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah turut mempunyai suara yang begitu lunak ketika bernyanyi. Benarlah orang cakap, orang sabah semuanya cantik-cantik malah mereka juga pandai bernyanyi.

Selain itu, jika diamati raut wajah Bella jelas kelihatan seperti Dato’ Siti adalah cara mereka senyum dan mata mereka dilihat serupa. Malah cara Bella bercakap dengan penuh sopan-santun turut serupa seperti Dato’ Siti yang sangat sopan. Perkongsian gambar Bella di Instagram itu telah 20 ribu lebih warganet menyukai gambar tersebut.

Ikuti perkongsian Bella di bawah :

View this post on Instagram

Thank you @iflawless.official for everything✨

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Rata-rata netizen turut memuji Bella yang kelihatan sangat cantik dan mirip seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Omg u look like young Siti Nurhaliza.. “

” Mcm iras2 Siti Nurhaliza masa muda2 comel2 dlu… “

” Ingtkan Dato Siti tdi, rupa2 nya kak Bella.. “

” Ingatkan Tok Ti tadi.. “

” Mujur dagu x belah tengah.. Klo x mmg org kate dato ct ni.. “

” Wow.. Cantiknya seiras Dato Siti lah.. “

” Laaaa terperanjat skejap.. Ingat siti nurhaliza terlupa pakai tudung.. “

Betul lah, kalau sekali pandang ingatkan Dato ‘Siti tadi. Cantiknya Bella, berseri betul wajah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan Bella dan kandungan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan Bella untuk bersalin nanti akan dipermudahkan. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..